Tuesday, October 29, 2013

Arang and the Magistrate

Oh mai gucci...

Lamanya tak update blog..Nasib yang sangat baik karena masih bisa ingat pasword dan kata laluannya. Waduh....

Citer Korea paling last tengok yelah Arang and The Magistrate. *Saya sebagai majistret , menjatuhkan hukuman, tiga tahun, kerja berat!* 

Arang. Bukan sebarang arang. Namanya arang jua bukan kerna dia gelap semesta alam bak Dayang Senandung. Tetapi Arang dalam bahasa Korea ni bermaksud "virgin". Alah, orang melayu bilang ""Dara"lah.

Arang ni punyala spesel. Mati banyak kali pun idup lagi. Hamek. Nyawa bak kucing lagaknya.

Arang ni adalah roh yang berkeliar dalam dunia sebab dia tak reti nak lintas sungai pergi alam satu lagi kononnya. Macam citer ompteh selalu cakap, ada unfinished business gitu.

Dia nak tahu curious bebeno apa sebab dia mati. Ini macham orang pun ada dalam duniya .
Mejistret ni pulak , yang dibintangi hero pujaan hatikoo, adik cepet Lee Joon Ki, sebenarnya jadi mejistret bidan terjun. Sebenarnya dia dalam misi nak mencari ibunya yang larey dari rumah.

Mejistret ni ada kelebihan dari kecik memang bole nampak roh n antu. Arang pulak memang mencari orang yang boleh nampak dia sebab nak mintak tolong investigate kenapa dia mati.

Puk pang puk pang cerita, banyak kalilah, si Arang ni mati idup balik, mati idup balik *lapan lagi..* sampaiii last last dia tau kenapa dia mati. Apa kaitan plak Arang ni dengan mak mejistret nih.

Tu belum masuk kisah chenta tu..ahaks...mak suka! mak suka! walaupun sebenarnya aku rsa duaorang ni kurang kimia sikit . Apsal tah..

Last last, cam biasa...Mestilah Arang find out kenapa dia mati, dan dapat hidup bersama dengan mejistret. Hepi endingla u ols.

Cerita ni bagi aku menarik sebab ala ala mistik dia. Nak kata lawak sangat takler...Nak kata sedey pun tak. Tapi, sebab kisah mistik mejik misteri dan banyak anak ikans cun yang menjadi tarikan utama menonton.

Hehehee..

Till then, jumpa di arena drama korea yang lain. ...anyeong!


Signing off ,

Thursday, June 9, 2011

Demammmm

Demam Drama Korea melanda lagi, selepas reda sekejap dulu. Iya, semuanya semenjak dua menjak ada Unifi nih. Ngehehe. Banyak cerita boley donlod dengan pantas.


Drama yang pertama, wahai yorobun semua:

1. 49 Days

Cerita ni yang buat aku menarik tertarik ko memang debomb kerana jalan cerita agak lain dari yang lain, ada ala-ala mistik gitu. Lagi satu sebab heroin dia comey gila, dan hero pun emsem emsem. Biasalah, kan, antara sebab utama tengok drama korea.

Kisah tentang seorang gadis, yang koma sebab eksiden, dan dalam koma itu, rohnya boleh berjalan keluar dari badan, dan dia diberi masa 49 hari untuk cari tiga titis air mata orang yang sayang kat dia bebetul supaya boleh bangun dari koma.  Tapi, tak aci air mata family. Boleh? Dia boleh bejalan dan cakap dengan orang biasa, dengan cara masuk ke dalam badan orang lain. Dan dia boleh masuk satu badan perempuan ni jer, iaitu ketika dia tidur. So, kesian perempuan jadi hos tuh, practically tak tidur. Sebab bila shift malam, perempuan ni keje, bila masuk shift pagi, iaitu time tidur, perempuan koma tu pulak masuk. Kasian..


Dalam masa 49 hari itulah, dia tau macam-macam kisah sebenarnya tentang tunang dia, tentang kawan lelaki dan kawan baik perempuan dia, dan juga badan orang yang dia pinjam.


Apa yang penting, cerita ni memang bes, berkilo kilo ayo mata den jatuh. Hampeh punya writer n direktor. Huhu.


Kisah seterusnya :

2.Lie To Me
 Lakonan tak lain dan tak bukan , kecayangan Waiem , Kang Ji Hwan dan Yoon Eun-Hye.

Sebab utama tengok ialah sebab dema dua ni lah. Lepas tengok, ehem, ada sedikit kureng dan boring. Terlalu common. Citer Korea camnilah, Lelaki mesti Presiden atau anak Presiden kompeni yang kaya melampau, heroin, rakyat biasa. Lepas tu, ada kontrak kawen, *teringat lak Marry Me Mary* Yoon Eun Hye nih tak habes habes berlakon pasal kawen kontrak.

Kisahnya , heroin ni termenipu kawan dia yang dia dah kawen. Dan cemana plak boleh orang ikut speku, dia kawen ngan hero (Kang Ji Hwan) yang kaya raya itu.

Jalan citer macam nak tido. Tak berapa bes. Dan soundtrack bunyik "kungfu fighting" tu sangat annoying.
Jadik bes bila abang Kakang ada jerk . Yoon Eun Hye tu tetiba aku rasa macam terlalu gedik plak. Hehe..Walaupun dia kiut.

Cerita seterusnya yang jadik pojaan ambe yelah
3.The Greatest Love.

Oh, jatuh chenta pada Cha Seung Won okkeyy...huhuhu..
Citer ni paliing bes, sebab aku suka kisah cerita komedi kot. Banyak part boleh aku gelak dengan kuat. *Na Dok Ko Jin mida*!
Memang kelasssss. Heroin (Gong Hyo Jin) merupakan ahli kumpulan k-pop yang dulu sgt glemer tapi dah bubar sekarang , manakala hero (Cha Seung Won) adalah pelakon paling terkenal *topstar* di Korea. Hero jatuh chenta ngan heroin, heroin boleh kata, "aku takde rasa plak syok kat ko" haha. Lain dari yang lain, walaupun eventually, memang ler heroin akan jatoh hati gak ngan hero.

Oklah, itulah serba sedikit tentang drama yg ambe tengok terkini.Nak recap, banyak rasanya site yang buat tuh. Saya akan recap yg bes bes jerk. Boleyh?
Signing off ,