Tuesday, June 8, 2010

Cinderella Unni: Episode 10 & 11

Episod ini biasa-biasa saja..Memang ada part yang sedih banget, ada yang kelakau iya. Tetapi, sesuatu yang signifikan berlaku dalam episod kali ini. Eun Jo telah cuma merubah dirinya dan jugak cuba juga mengubah ibunya, the dirty b*itc*h itew.

Episod bermula dengan keadaan selepas kematian bapa tiri tercinta. Eun Jo tidak dapat terima hakikat kematian itu, it was such a big blow for her, thinking that the reason he died was all because of her stubbornness and hotheadedness and other ness ness.. Pak dah cakap, tak mau amik lagi order dah, toksahlah sibukkan order dari Jepun itu, Eun Jo jugak yang degil. Lepas tu, Pak kan dah kena serangan jantung bak Ismet Ulam Raja.

Kelihatan Eun Jo membizikan diri dengan sibuk telepon sana sini.

Adat di Korea nih, bila ada orang mati, sedara mara datang, dan tunduk sembah hormat kepada si mati ni. Part ni kelakau betul sebab Nenek yang dulu oppose marriage mereka berdua ni datang, dan meraung-raung cakap "kenapa mati mudaaaaaa! Kan aku dah cakappppp duluuu!" Tapi, ibu Eun Jo, si Kang Sook ini telah nampak kemana hala percakapan orang tua nih, iaitu akan menyalahkan dia nanti, maka dia pun join sama nangis meraung-raung . "Aigoooo!Aigooooo!"*"Do mati dulu!"-"Tak. Minahhh mati duluu!"



Fast forward ke babak yang lain, ketika ini, Hyo Seon kesedihan yang amat kerana lepas ayahnya mati, ibu tirinya (Kang Sook) telah menunjukkan warna sebenarnya, mula menolak Hyo Sun bila dia mau dekat dan bermanja. Hyo Sun dahla tengah sedih mak titri buat cenggitu pulak. Kadang aku tengok Hyo sun nih menyampah pun ada, asik nangis je, manja sangat. Tapi, kadang tu, kesian pun ada.

Eun Jo pun memujuk Hyo Sun. Surprise..surprise..Eun Jo mana ada watak yang lembut dan bersimpati cenggini.Oh, rupanya itu hanya dalam kepala Eun Jo je, sebab hakikat sebenarnya, Eun Jo tak peluk dan pujuk Hyo Sun ni, tapi, tolak dia, dan marahkan dia suruh kuat sket. Dan dia jugak mintak Hyo Sun sedar mak dia memang camtu sejak azali.

Balik kilang, Eun Jo marah-marah ahjussi ni semua sebab tak buat keje. Orang nak buat keje hapa, takde order kan. Lepak jela. Tapi, Eun Jo marah dengan teruk, takde rasa hormat pada ahjussi ni semua. Ahjussi ni pun semua mogok, dan berenti keje secara beramai-ramai."apa ni pakcik, nak lepak pegi shopping kompleks la!"

Ingat tak, Eun Jo ada buat eksperimen demi eksperimen untuk menghasilkan wine berperisa yang sama seperti ayah dia buat. Dan akhirnya, dia telah berjaya. Eun Jo telah bawa wine tu, dan offer kepada ayahnya. Sambil tu, dia cakap yang dia mahu ayahnya bangga dengannya.

Part sedih tahap dewata bila Eun Jo meraung, Apppaa! Chal motessoyoooo! Waaaaaaaaaaaaaaaaa!
Oppa Ki Hoon pun lagila rasa bersalah, sebab Eun Jo meraung kata dia bersalah, walhal yang salah adalah Ki Hoon.
Jung Woo telah juga terdengar Eun Jo nangis, dan paham yang Eun Jo perlukan duit juga nanti, jadi dia telah mintak excuse nak tinggalkan rumah itu, dengan alasan nak gi Training Askar. Walhal, dia nak gi cari keje lain, dan simpan duit utk Eun Jo. So suwit.

Sementara itu, Eun Jo telah mencuba untuk memenangi hati ahjussi utk keje semula, Hyo Sun telah mengajar macamana nak amik hati diaorg semua. So, Eun Jo datang ke rumah ahjussi ni minta maaf, sambil bawak buah tangan.

Ubatan utuk ahjussi bapak Dong Soo.
Ceklat untuk Jang Ahjussi.
Daging lembu utk bapak Won Yung.

Hyo Sun ketika ini telah meluahkan rasa hati dan tahu yang selama ini mak tirinya berpura-pura baik bila depan ayah dia.Tapi, dia tak kisah. Eun Jo telah tersentuh hati, sebab baru perasan yang Hyo Sun sama jugak seperti bapanya. Dia tahu yang dua beranak ni tak baik, tapi, tetap sayangkan dan tak kisah diperlakukan demikian. so, EunJo ketika ni,terus berjanji yang akan jaga Hyo Sun ni sebaik yang dia boleh buat. Suka time ni, sebab dua beradik tiri ni start berbaik sesama mereka.


Ki Hoon Oppa yang dihantui rasa bersalah yang amat kerana menyebabkan kematian tuan tauke. Flashback semula ketika dalam ambulan, Ki Hoon menangis supaya ahjussi buka matanya."Jangan mati dulu...,ahjussiii"
Ahjussi bukak mata, perkara yang dia cakap, "it's okay". Haiyohh...tak sikit pun dimarahnya Ki Hoon, makin dipujuknya dengan cakap, it's okay.
Lepas kematian tauke itu, Ki Hoon dibebani rasa bersalah yang maat sangat, dia pegi temple dan sembah mintak maaf banyak banyak kali sampai kaki lenguh. Nampak sangat muka Ki Hoon rasa bersalahh sesangat."Ampunkan kami penunggu gua"

Bila balik rumah, scene yang sama seperti lapan tahun lepas berlaku lagi, dimana Ki Hoon berada di luar rumah, Eun Jo keluar dan melihat Ki Hoon bersandar di dinding itu. Cantik scene ni...



Apa yang impossible?Ki Hoon rasa impossible untuk bersama sebab dia ada beban dan hutang yang besar kepada seisi keluarga itu, dan niatnya hanya nak membangunkan kembali perusahaan itu semula. Dia takleh bercinta sekarang. Eun Jo pun sama, ada rasa bersalah pada keluarga itu, dan cuba membetulkan keadaan jugak.

Eun Jo pergi makan bekpes sama-sama Hyo Sun sebab Kang Sook takmau Hyo Sun makan bersama mereka. Eun Jo marah, dan kata, mak dia tak boleh buat Hyo Sun begitu.
Mereka pun makan nasik ambang ramei ramei..

Tengah makan, ada bunyi bising diluar, rupanya ahjussi telah balik untuk bekerja semula.."Kami datang!"

Atara scene mak tiri Cinderella sebenar. Kijam dan tak berhati perut.

"Lepas masak, jangan lupa cari kayu!"


Eun Jo yang sangat sakit hati,telah cuba memujuk ibunya jangan buat perangai camtu lagi, tak takut ke dengan dosa yang dah banyak sangat diaorg buat.Eun Jo pujuk beriya dan cuba sedarkan ibunya dengan takutkan dosa, takutkan kalau kena lahir semula, dia akan jadi ibu Hyo Sun, macam-macam lagilah.
Seperti biasa, Kang Sook tak takut apa. Tak jalanla motivasi dan ugutan secara moral nih. Ko cakapla pasal duit, barulah masuk agaknya.

Eun Jo sedih sangat sebab mak dia taknak berubah. Dia lari keluar dan terserempak dengan Ki Hoon dan ajak dia lari.Apa berlaku seterusnya? Kita saksikan sambungannya esok.

2 comments:

Nakamura Kazuki said...

Bos....outstation lagi ke bos.....ambe outstation lagi nextweek...ke kenyir....wahh bos..ambe tak dan nak tengok jdorama n kdrama buat masa sekarang..

Elf said...

Samolah kita senpai..nak ngapdet n tengok drama pun tak sempat bagai..manjang kena keluar. malam balik dah letih tak koser nak ngapdet. Lagipun, sibuk layan bola la pulak..haha