Monday, May 17, 2010

Cinderella Unni: Episode 1

Kisah bermula dengan segmen mari memasak kimci oleh bintang utama cerita ini, Eun Jo. Saya sukakan starting yang menampakkan Eun Jo seorang gadis berambut panjang, hitam berkilau, yang gunakan chopstick sebagai cocok sanggul.Lepas tu dia potong kimchi, sesambil potong, sambil makan.Krup krap. Buat saya terliur rasa nak makan kimchi. *Cantik rambut, boleh bikin iklan Sunsilk da*

Eun Jo duduk di rumah ni, sebagai tukang masak, tukang cuci, basuh rumah tangga, basuh rumah kecik di belakang tu pun,dia. Dia duduk kat rumah "Hairy Jang" nih,bersama emaknya. Emak dia tak kawen pun dengan "Hairy Jang" nih, duduk serumah je. Adik yang semangat tuh pun tinggal bersama "Hairy Jang" ,Namanya Han Jung Woo. Minat sangat main besbol. Cita-cita mau jadik pemain besbol terkenal. Antara hobi lain juga ialah mengacau Eun Jo time dia masak. Eun Jo potong kimchi, dia amik dan makan. Pastu kena babap tangan dia oleh Eun Jo. *YA, ibuk ibuk pemirsa di rumah, bahan-bahannya ialah, Kimchi secukup rasa,dan seorang budak comey gumuk sebagai hiasan*

Seterusnya kisah emak Eun Jo, Kang Sook namanya, bersama "Hairy Jang". Kang Sook ni kisahnya ada ramai boipren. Mungkin moto Kang Sook ini yelah, "Berkawan biar seribu, berkasih biar satu demi satu". Semua lelaki digoda dan diperdaya demi uwang. Eun Jo sendiri tak tahu siapa bapak dia sebenarnya. Mungkin mak dia sendiri tak tau mana satu bapak Eun Jo sebab banyak sangat boipren. Mak Eun Jo ini juga, sangaaat mata duitan dan sanggup buat apa saja demi duit. Manakala, Hairy Jang pula seorang yang tak berharta , suka mabuk-mabuk, bila mabuk pula ,dia akan pukul Kang Sook. Sungguhpun begitu, Kang Sook tetap tak tinggalkan Hairy Jang ini kerana dia adalah cinta hati sebenar Kang Sook.Hairy Jang : "Alaa, Kang Sook. Abang pukul sikit je, sayangkan awek kan tangan-tangankan".- Hairy Jang sedang memujuk Kang Sook selepas Kang Sook lebam lebam kena pukul.

Tapi, oleh sebab Eun Jo tak tahan selalu tengok mak dia kena pukul, dia telah kemaskan baju siap-siap dan membuat rancangan mau paksa mak dia sekali melarikan diri. Eun Jo beritahu Han Jung Woo yang ini makanan dia kat sini yang terakhir sebab dia nak lari. Jung Woo pulak, siap janji tuh, nanti akan cari balik Eun Jo dan akan jaga Eun Jo pulak sampai bila-bila. Kiyut betul time nih. Budak gumuk ini ada crush sama itu Eun Jo sebab selalu kasik dia makan. Haha. Cinta sejati betul nih, bukan sebab Eun Jo lawa, atau seksi. Tapi, dia tahu, hati Eun Jo baik, tolong masak,kasik dia makan..Noona, nanti besar, saya jadik hensem macam Taecyeon, saya carik Noona dan jaga Noona ya! Tunggguuu!

Kemudian,dijadikan cerita, berjaya juga Eun Jo dan ibunya, Kang Sook melarikan diri dari Hairy Jang. Itu pun dibantu oleh Jung Woo yang sungguh berani melawan Hairy Jang.

Baseball bat ini memberi pengertian yang besar dalam cerita ini nanti, sebab tertulis Eun Jo adalah awek Jung Woo poreber. Haha. Bat ni Jung Woo buang keluar sebab Hairy Jang dah start nak pukul Kang Sook pakai bat nih.
Jung Woo jadik superman, terbang ke arah Hairy Jang, untuk menghalangnya dari tangkap Kang Sook dan Eun Jo. *It's a bird, It's a plane, it's chubbyboyyy!*
Dia terus peluk Hairy Jang tak kasik lepas supaya Kang Sook dan Eun Jo dapat lari jauh-jauh. Kelakar betul, ada ke dialog Jung Woo time ni kata, " Kalau pakcik nak pukul saya, kasik saya habiskan makan dulu". Dasar tau budak semangat nih..


Dalam teksi, Kang Sook bergaduh dengan Eun Jo sebab katanya, dia nak patah balik kepada Hairy Jang. Tapi, Eun Jo tahu, sebab utama mak dia nak patah balik yelah sebab dia nakkan cincin berlian yang Hairy Jang janji nak kasik dia kalau diaorg berkahwin. So, bila Eun Jo tunjuk cincin tu kat mak dia, terbeliak mata, terus senyum, dan ajak pergi train station, tak payah patah balik.

Sementara itu, Hairy Jang telah cari cincin berlian tu satu rumah pun tak jumpa. Dan terus la dia saspek Kang Sook dah amik. Dia panggil gangster kampung dusun untuk cari Kang Sook dan bawak mereka balik.
Trademark citer korea, gangster mesti pakai uniform satu suit kot itam.

Dijadikan cerita, gangster ini dapat carik keretapi yang dua beranak ni naik. Mereka kena kejar dari satu coach ke satu coach yang lain. Dalam episod ni jugak, kita tau yang walaupun Eun Jo ni nampak kasar dan tak bertimbang rasa, dia masih sayangkan mak dia. Ada satu scene dalam keretapi ni, ketika gangster tu naik, Eun Jo nampak dulu sebab mak dia tidur. Awalnya dia biarkan mak dia tidur dan dia pergi lari sorang sebab tak tahan perangai mak dia yang asik pindah randah bertukar tukar lelaki.Tetapi, masa nak turun tangga keretapi, dia tak sampai hati, lalu patah balik kejutkan mak dia supaya lari dari penjahat penjahat di penambang itu.

Dua beranak ni terus kena kejar dengan gangster, sampailah dua beranak ni lari masuk ke toilet. Dalam toilet inilah Eun Jo berjumpa dengan Hyo Sun (anak tauke rice wine), dan suruh Hyo Seon ni simpankan cincin berlian itu dan dia akan datang balik amik semula. Kemudian, dua beranak tu kena tangkap, dan dihantar balik ke rumah Hairy Jang. *Jangan menjerit!Kalau tak, aku koyakkan muka plastik ko nih!*

Cerita beralih pula ke satu kampung dimana Hyo Sun tinggal. Di sini, dipamerkan keakraban Hyo Sun dan Ki Hoon oppa. Ki Hoon adalah tempat Hyo Sun mengadu kalau dia hilang barang, atau apa-apa masalah lain yang berbangkit. Umpama program mentor mentee. Ki Hoon pula sentiasa nampak Hyo Sun ni macam adik dia je, tetapi, Hyo Sun kecik kecik dah gatal nak jadikan Ki Hoon sebagai laki dia besar nanti. Kelihatan Hyo Sun yang getik sedang bagitau masalah dia terlupa mana taruk cincin berlian Eun Jo bagi tuh.

Semasa dalam keretapi, Eun Jo berjanji akan ambil semula cincin itu dari Hyo Sun, so dia salinlah alamat Hyo Sun dan sekolah dia bagai. Kemudian, Eun Jo hantar berita kepada Hyo Sun yang dia nak datang ambil cincin tu balik. Tetapi, dijadikan cerita, mak Eun Jo yang pergi datang ambil cincin tu dan Eun Jo ditinggalkan kat rumah Hairy Jang sebagai tebusan kononnya.

Sampai je di rumah Hyo Sun, Kang Sook yang sememangnya mata duitan itu telah terjojol biji matanya kerana melihat rumah Hyo Sun yang besar. Kang Sook sudah nampak mangsa seterusnya. Iya, dia nak ngorat bapak Hyo Sun ini pulak.
Ommo!Ini macam punya harta,aku jadi lebih kaya dari Sultan Sauudi Arabia!


Cerita seterusnya memaparkan Kang Sook, walaupun pada awalnya,dia datang situ hanya untuk ambil cincin tu semula, tapi telah mengubah strategi mau menaklukkan hati bapa Hyo Sun itu. Bapa Hyo Sun yang telah lama menduda itu juga telah terpikat dengan Kang Sook yang ada iras-iras muka isterinya yang telah mati. Bab ni kelakar juga sebab dapat lihat macamana liciknya Kang Sook menggoda Hyo Sun dan ayahnya supaya dapat tinggal disitu selama-lamanya. Kang Sook cuba menawan hati anak dengan strategi menjadi ibu yang Hyo Sun sangat dambakan. Yelah, Hyo Sun kan dah kehilangan ibu ketika masih kecil.

Dia juga mengorat bapak Hyo Sun dengan datang rapat ke arah lelaki itu, dan gunakan alasan butang baju lelaki itu tercabut untuk menyentuh badan bapak Hyo Sun itu. Time ni nampak bapak Hyo Sun menggeletar , telan air liur sebab Kang Sook datang dekat.Hahaha, penggoda betul Kang Sook.

Pakcik Hyo Sun tak suka Kang Sook datang ke rumah itu, dan nampak arah tujuan Kang Sook menggoda keluarga itu. Jadi, dia telah cepat-cepat bagi cincin berlian tu kepada Kang Sook dan suruh Kang Sook balik. Kang Sook pun pergi ke stesen bas untuk pergi dari situ.Tapi, Kang Sook lagi pandai, dia tau dia dah tambat hati Hyo Sun dan bapaknya, sure punya bapak Hyo Sun akan datang pujuk dia balik semula. Dan betul,bapak Hyo Sun datang dan peluk Kang Sook, supaya balik ke rumah dan berjanji akan bawa anak Kang Sook,Eun Jo ke rumah itu juga.Adegan jangan tinggal daku di bus stand. Kelihatan pakcik drebar bas tu menjeling tanpa perasaan.

Oleh sebab bapak Hyo Sun,Chairman Gu Dae Sung itu dah janji dengan Kang Sook untuk bawa Eun Jo ke rumah itu, beliau mengarahkan Ki Hoon dan pakcik Hyo Sun jemput Eun Jo dari rumah Hairy Jang.Time ni kebetulan, Eun Jo dah siap packing sebab dia nak lari dari rumah Hairy Jang sebab dia menyangka mak dia dah abandon dia dah.

Ni pes taim,the-eversmiling-oppa, Ki Hoon bertemu dengan Eun Jo. Dia bagi senyuman manis pun , Eun Jo buat muka masam..

Di pertengahan jalan, Eun Jo telah cuba melarikan selepas dia buat helah nak gi toilet. Tapi, Ki Hoon oppa telah diberi warning oleh mak Eun Jo yang dia tau Eon Jo mesti nak larikan diri. Berlakulah adegan kejar mengejar antara Eun Jo dan Ki Hoon.*Jangan lari!Aku tak larat nak kejar nih!*

Adegan kejar-mengejar yang tak sama macam adegan dalam 999 nih, merupakan antara highlight dalam drama ni. Ada satu masa tu, Ki Hoon dah nak dapat tangkap Eun Jo, tapi hanya berjaya menarik pensel yang menjadi cucuk sanggul Eun Jo. Ketika ini, adegan terus slow motion, rambut Eun Jo yang panjang mengurai itu telah menggerbang, dan sangat cantik ditiup bayu.


Saya suka scene ini, Eun Jo keihatan sebagai budak yang liar, tapi sangat cantik, dan perlu dijinakkan. Ekspresi muka Eun Jo ketika ini juga nampak vulnerable, ketakutan dan pada masa yang sama, sangat cantik.

Ki Hoon oppa terkedu sekejap melihat effect slow motion yang dipaparkan, lupa nak berlari. Tapi, selepas dia tersedar dari leka, dia terus mengejar Eun Jo semula.

Eun Jo akhirnyaberjaya ditangkap dan telah dikaratejudo kan oleh Ki Hoon, lalu jatuh tersembam cenggini.
Tulah, saya dah bilang, jaga-jaga Cik Salmah.Kan dah jatuh...

Sampai rumah, Eun Jo bergaduh lagi dengan mak dia, cakap lebih baik lari dari hidup belas lelaki lain. Marah betul Eun Jo dengan mak dia. Tapi, kemarahan dia reda bila Kang Sook cakap , "ko nak gi sekolah tak? Ko duduk ngan pakcik nih, boleh gi sekolah!" Rupanya, Eun Jo ada keinginan kuat nak gi sekolah. Lepas tu mak dia janji, Eun Jo boleh lari kalau hidup dengan bapak Hyo Sun ni tak menjadi.

Maka bermulalah, kisah antara Eun Jo dengan Hyo Sun nih, sebab diaorang akan menjadi adik beradik tiri.

Tamat episod 1.

8 comments:

Ijip said...

sedapnya stoberi.. merah menyala mak ngah, macam zaman dolu...

Kakak Cashier said...

Wah!!
Bagus belog ni, detail giler rebiu..

Thumbs-up!!

Nakamura Kazuki said...

Wah tak sangka..ke-korea-an Bos elf semakin terselrlah disebalik warna biruuuuuuu..tadi baru je abis meeting dengan bos asset management Mr.Azhar...dan system planning dekat NLDC..pasal excitation system...

blog lama bos...Hari-hari Maou baca..aktif lagi juga kan...

Unknown said...

Unie... Unie kah??...hehe. nak tanya skit ni..kat maner nk donlod torrent drama korea baru2 yg xperlukan banyak seeding?...ader idea tak?..

Elf said...

Ijip, mek suka stoberi..sedap kan nampaknya?

Kakak Cashier, kamsahamnida. Saya akan berusha untuk mendetailkan review saya demi masa depan sejagat.

Senpai, shhhhhhhh..jangan kasik tau En Azhar yaa..

Chem, belasah je unni..hehe. nak torrent , pergi ke d-addict, tapi kalau taknak seeding, pakai megaupload lah. Cuma drawbacknya, megaupload nih, kalau yang free, boleh donload satu file je setiap kali, dan ada limit. Yang kena bayar, takde limit, dan cepat je. Cuba tengok kat sini : Episode 01 : http://www.megaupload.com/?d=QV8OYE1D
English sub: http://www.megaupload.com/?d=VDVOKWQ7

Episode 02 : http://www.megaupload.com/?d=LZBUW4V0
English sub: http://www.megaupload.com/?d=RJSJHDU4

Episode 03 : http://www.megaupload.com/?d=A8Z02KPE
English sub: http://www.megaupload.com/?d=4EIBB0TP

Episode 04 : http://www.megaupload.com/?d=RMJ24J40
English sub: http://www.megaupload.com/?d=C9CNEPT4

Episode 05 : http://www.megaupload.com/?d=C1H2HQLJ
English sub: http://www.megaupload.com/?d=OTK5O1KI

Episode 06 : http://www.megaupload.com/?d=VJ3C4DR9
English sub: http://www.megaupload.com/?d=Z9DURHQ4

Episode 07 : http://www.megaupload.com/?d=JUY2WXDG
English sub: http://www.megaupload.com/?d=HWRJJBU7

Episode 08 : http://www.megaupload.com/?d=COBCOB2R
English sub: http://www.megaupload.com/?d=A858CGCE

Episode 09 : http://www.megaupload.com/?d=KTYIYKNL
English sub: http://www.megaupload.com/?d=41G1TUVY

Episode 10 : http://www.megaupload.com/?d=48Y8YFZT
English sub: http://www.megaupload.com/?d=M8YVB8E9

Episode 11 : http://www.megaupload.com/?d=3LZ2HDSM
English sub:

Episode 12 : http://www.megaupload.com/?d=8PBGPKEW
English sub:

Episode 13 : http://www.megaupload.com/?d=9HCN2F4R
English sub:

Episode 14 : http://www.megaupload.com/?d=NOD43QH4

Panjang lak komen ni, macam entry lak.

waiem said...

Aku rasa last mak Eun Jo mesti kena tembak dengan senapang gajah

*nasib baik nko panas...kalu tak panas nko pon aku kebas daa*

Nadia said...

wahhhh, detailnya rebiu! Dah dikira dramabeans.com versi BM ni. =D

bdw, best ke cerita ni? Ari tu tengok ep1 kat kbs macam boring tp kawan cakap ep lepas2 tu tak boring dah.huhu..neway, akan try download a few ep dulu nak tgk best ke tak =D

p/s: pasni leh la rebiu citer coffee prince ok! ahahaha

Elf said...

Waiem, haha, *err..aku rasa ko sorang je kot yang dapat baca dialog dialog p ramli dlam ribiyu aku tuh..hahaha..

Nadia- cerit ani episod 1 macam boring, tapi,masuk episod seterusnya, dan lagi dan lagi, banyak time yang buat kita sedih , nangis keluar air idung bagai..ekeke..