Sunday, May 23, 2010

Cinderella Unni:Episode 4 & 5

Episod 4 dan 5 ni adalah episod peralihan daripada umur belasan tahun kepada umur doplohan.
Ketika alam teenagers.
Ketika meningkat dewasa. Muka Eun Jo Unni tetap maintain dingin membeku.

Berbalik kepada kisah sebelumnya dimana mereka berdua ini telah bergaduh habis-habisan dan Hyo Sun akhirnya mengaku yang dia tak sukakan Eun Jo semenjak Eun Jo menjejakkan diri ke rumahnya."Pi belah! Nyah ko dari sini!"


Ketika Hyo Sun memarahi Eun Jo, Ki Hoon ada berdekatan dan terus terdengar perbalahan mereka berdua. Disini, dia telah mendapat pengajaran dan moral of the story.Moral of the story ialah, KiHoon Oppa tahu bahawa kalau nak deal dengan Eun Jo kena reverse-psychology. Eun Jo ni jenis tak ikut cakap orang. Sebab itulah, Eun Jo kata, "I will never leave just because you told me to". Ki Hoon kan tahu betapa Eun Jo nak tinggalkan tempat tu, tapi, dia takkan pergi kalau orang lain , especially Hyo Sun yang suruh dia pergi.

Pergaduhan pun berlanjutan sebab Hyo sun tetap tak puas hati."Awak ingat, badan saya ni batang pisang?Sebelum awak kerjakan saya, saya korek-kooorek biji mata awak, " tegas Eun Jo.

Perbalahan mereka sampai ke pengetahuan bapa mereka. Teruslah dipanggilnya dedua orang nih, kasik rotan sama dia.
Hyo Sun kena rotan dulu, kena rotan sekali je , terus mengaku dia bersalah, dan bapanya tidak terus merotan Hyo Sun lagi. Tiba giliran Eun Jo untuk dirotan. Dah rotan berkali-kali pun Eun Jo tak mengaku bersalah. Ketika ini, saya merasakan, walaupun Eun Jo dirotan, dia gembira sebenarnya sebab dia telah dilayan sama rata seperti anak Dae Sung juga. Inilah antara masa-masa yang ditunjukkan kasih sayang dan perasaan bapanya, Dae Sung sama sahaja kepada anaknya sendiri, maupun anak tirinya. Tiada diskriminasi. Inilah juga yang menyebabkan Eun Jo semakin rapat dan mempercayai bapa tirinya itu.

Kemdian, siapa lagi yang akan datang membalut luka di kaki Eun Jo selepas kena rotan, kalau tidak Ki Hoon Oppa. Peewit.
Eun Jo pada ketika ini , makin berbunga-bunga , berbubble bubble cintanya terhadap Ki Hoon Oppa.Menarik scene ini, seperti Fairy Tale, Eun Jo diterbangkan bersama Ki Hoon didalam buih, hingga ke bulan.

Ini ialah Pakcik Hyo Sun. Saya tak pernah tunjukkan gambarnya lagi, kan? Time ni dia tengah membebel, kata dia kena kerja macam kuli lah, kena arah dengan Eun Jo, etc. walhal dia abang kepada emak Hyo Sun.

Ini pula antara scene kiut Ki Hoon Oppa. Eun Jo tanya Ki Hoon, siapakah perempuan yang dia nampak bersama Ki Hoon di tepi tasik tempoh hari. Ki Hoon main-main dulu, sebelum akhirnya dia jawap,"itu gelpren kawanlah , tolong bawakan barang". Kenapa, Eun Jo? Jeles ek. Huhuhu.

Scene ni takde apa-apa, sebab utama nak tunjuk yelah keplastikan muka Hyo Sun. Pelik, kan? Kesian dia, rasanya terlebih cekang di area pipi, or mulut kot. Time ni, dia ada latihan ballet sebab nanti ada recital ke ada audition ballet gitu. Tapi, Hyo Sun ni malas, tak nak usaha sungguh-sungguh.

Tiba masa upacara penyembahan nenek moyang, supaya diberikan hasil perusahaan yang baik."Hai mambang merah, mambang biru air laut"

Beberapa hari kemudian, tibalah masa audition ballet Hyo Sun itu, serentak dengan satu pertandingan akademik Eun Jo. Tapi, seperti biasa, mak bapak dia mestilah pergi tengok Hyo Sun, sebab Eun Jo tak cakap langsung dia pun ada pertandingan hari yang sama. Pada hari itu, Hyo Sun tak menang,tetapi, Eun Jo menang tempat pertama. Eun Jo hanya nak dengar kata-kata ucapan tahniah dari Ki Hoon saja. Baginya, itu cukup memadai. "Alalala,pandainya,Eun Jo", usik Ki Hoon Oppa.

Eun Jo keluar dari bilik pemeraman wine itu dengan cukup puas hati. Senyum simpul nampak..

Kemdian, Ki Hoon Oppa telah memberikannya satu hadiah, berupa pen kepada Eun Jo, dengan ucapan, " Pen Merah , Pen Biru, jangan marah, I love you"

Selang beberapa hari kemudian, Ki Hoon telah meninggalkan kampung itu, kerana tekad mahu menolong bapanya selamatkan syarikat. Ki Hoon tetiba menjadi tekad kerana rimas asyik diharass oleh keluarga ibu tiri itu. Sebelum berlalu pergi, Ki Hoon meninggalkan sepucuk surat sebuah puisi kepada Eun Jo. Tetapi, malang sekali, kenapalah dia jadikan Hyo Sun tu posmennya. Dah tentu tak sampai. Cuba pakai abang posto tuh, sampai masuk ke rumah dia hantar surat.

Selalu tau drama korea ni cenggini. Apalah salahnya, cakap ngan Eun Jo, "abang nak gi nih, pegang abang".

Eun Jo yang tak tahu menahu kenapa Ki Hoon pergi telah patahlah hatinya."Hancur hatiku, mengenang dikau, menjadi keping-keping setelah kau pergi"

Lapan tahun sudah berlalu, Februari muncul kembali, di sebuah galeri seni. Eun Jo telah membesar menjadi pembantu bapanya mengembangkan perusahaan Rice Wine itu, manakala, Hyo Sun tetap menjadi budak yang mengabihkan boreh, pergi audition ballet sana sini, tapi tak pernah berjaya. Mereka berdua masih tidak berdamai, dan Hyo Sun telah menipu bahawa dia masih kontek sama Ki Hoon Oppa dan mereka sebenarnya telah berkapel.Eun Jo tahan hati je dengar Hyo Sun cakap macam tu.

Mak Eun Jo pulak, dapat anak lelaki bersama Dae Sung itu. Power jugak orang tua nih. Hehehe.

Flashback selepas Ki Hoon pergi tanpa pesan, Eun Jo juga tidak mahu berada di situ, tetapi telah dipujuk oleh bapa tirinya. Eun Jo menurut kerana telah mempercayai dan menyayangi bapa tirinya ini.

Pada suatu hari, Ki Hoon Oppa telah pulang semula ke rumah Dae Sung, kerana ada muslihat, yang sebenarnya ayah Ki Hoon dan keluarga tiri Ki Hoon mahukan Perusahaan Dae Sung ini yang dilihat banyak potential. Ki Hoon kononnya, mahu mengambilalih perusahaan itu dan cuba menghalang keluarga tirinya dari memilikinya.

Bila Ki Hoon balik, Hyo Sun nampak dia dulu, terus dipeluknya Ki Hoon Oppa.
Haiyoh , Ki Hoon. Dah besarlah Hyo Sun sekarang, tak sesuai betul tau peluk peluk cenggini lagi.

Ketepi-ketepi , Taecheon telah kembali! Pada Episod 5, Jung Woo yang chubby telah bertukar menjadi Taecheon yang kendo.*pling*

Jung Woo ini telah mencari Eun Jo dan bekerja disitu selepas menamatkan latihan PLKNnya. Kelakar betul tengok dia greet orang style askar. *Baris!barissss sdia!*

Jung Woo telah cuba memberitahu yang dia adalah budak chubby yang duduk dengan Hairy Jang, tetapi , Eun Jo tak dengar dah. Sebabnyaaa...

Eun Jo terkejut ternampak Ki Hoon yang berjalan bersama Hyo Sun. Eun Jo , seperti biasa akan buat muka dek saja walaupun hatinya bergelora melihat Ki Hoon semula. Scene pertama keempat-empat mereka berada dalam satu situasi.

Ki Hoon datang mintak kerja balik dalam perusahaan itu, dan kena report direct kepada Eun Jo. Eun Jo pula , buat seolah-olah Ki Hoon itu tak pernah dia kenal sebelum ini. Segala perbualan mereka adalah formal, dan Eun Jo tak tunjuk reaksi langsung terhadap Ki Hoon. Ki Hoon pun pelik. Lama tak jumpa, buat buatlah sesuatu melepas rindu ke gitu, kan.

Ki Hoon yang tak tahan akhirnya tarik Eun Jo keluar, dan tanya direct ke Eun Jo, "Ko takde nak bagitau atau tanya apa-apa lagi ke selain kerja?Kau tak rindu ke?Tak teruja ke abang balik ni?"<--Dialog saya tambah-tambah secukup rasa, harap maklum. hehe. Kemudian, Eun Jo dengan jeles, tanya siapa Hyo Sun dimatanya dan siapakah Eun Jo dimatanya. Hah, amik ko, Ki Hoon. You're sending mixed signal, Ki Hoon. Dengan Hyo Sun pun ko layan baeeekk punya, dengan Eun Jo pun ko nak terhegeh-hegeh jugak. Cubalah firm sket. Toksahlah layan Hyo Sun lebih-lebih sampai peluk peluk bagai. *babap sikit Ki Hoon oppa nih.biasa tuh*

Tetapi, walau betapa marahnya Eun Jo terhadap Ki Hoon, dia tetap cair bila Ki Hoon panggil, "Eun Jo yah"

Tamat Episod 4 & 5

No comments: