Saya tengah beroutsteseng, nanti kalau ada masa saya updet yaa..
Jangan lari duluu....
UK Trip : Day -2 weeks before.
7 years ago
Gila besau hotel room, kata kompeni tengah bermasalah. Masa I ols pegi Jupun kejap dulu, bilik hotel dia yang kecik , standard 3 star je dah lebih kurang RM400-500 satu malem.
Teka kenapa kedua dua orang ni, mukanya cenggitu? Sebenarnya time ni, Eun Jo lari-lari nak balik ke lab , tapi terjatuh.
Tengok muka Ki Hoon, aku tak paham itu muka bangga, ataupun itu muka dia dah suka pada Hyo Sun. Tapi, kalau ikutkan jalan cerita ni, itu mesti muka bangga dan kagum terhadap Hyo Sun kot.
”Semalam, saya jatuh parit, tu yang tak dapat balik rumah cepat”
Dan seperti biasa, mesti ada adegan hero “melihat-dengan-jeles”. Dia pelik kenapa Eun Jo boleh beriya iya gelak tengok aksi beruk mat yeh yang dipaparkan oleh Jung Woo.
"Jang, ekau kawin yolah dengan si Milah"
Eun Jo nekad nak tahu siapa yang Kang Sook jumpa dalam restoran itu.
Cari punya cari..
Tengok gazebo ni, teringat pulak scene Kuch Kuch Hota Hai, masa ujan, Shah Rukh Khan jumpa Kajol semula itu, dan menari tanpa muzik. hehehe..
Dae Sung terus dilanda tekanan perasaan yang amat sangat, dan kena heart attack sekali lagi.
Jangan panggil namaku lagi. Jangan telefon lagi, kalau tidak, aku datang bunuh kao.
"Sebelum blah,jangan lupa buat handing over notes sekali."
Superb sekali lakonan Kang Sook ini. Haha.
Bukan main sihat lagi, boleh lempang-lempang anak.
Bila Hyo Sun masuk je, *piiuuunnggg* , terus demam. Macam Pak Aji Bakhil je bila cikgu sekolah anak yatim mintak derma. hahaha..
Eun Jo pun tak jadilah meninggalkan rumah tu, sebab takut mak dia buat hal lagi. Untuk melupakan kesengsaraan hatinya dek kerna Ki Hoon dan juga ibunya, dia cuba divert pemikirannya dengan buat kajian terhadap yis untuk menghasilkan Rice Wine itu.
Saja nak tunjuk scene nih, sebab Ki Hoon Oppa pakai seluar senteng, tak pakai stokin, pakai kasut. Agaknya , memang tengah trend gitu kot.
Askar sorang ni kelakar betullah.Manjang je salute orang.
Ketika ini juga, Kang Sook telah confess bahawa dia hidup dengan Dae Sung semata mata kerna harta. Dia sukakan Dae Sung kerna hartanya.
Seperti biasa, citer korea ni kalau tak terdengar perbualan orang lain yang rahsia memang tak sah. Dae Sung telah terdengar kata-kata Kang Sook dan menjadi sedih. Eun Jo tahu yang Dae Sung telah terdengar perbualan mereka, dan merasa bersalah sangat, cuba memujuk Dae Sung, tapi dia tak reti. Rupanya, Dae Sung tahu yang selama ini memang dia perasan pun kepura-puraan Kang Sook, tapi dia terima juga mereka berdua, kerana dia pun memang suka pada Kang Sook dan juga kerana dua beranak itu sangat kasihan.
Suatu hari, rumah Dae Sung didatangi pembeli yang tak puas hati, kerana ditipu dengan Rice Wine yang sudah tidak elok mutunya. Ketika ini, semua orang tiada dirumah sebab ada acara family day. Hyo Sun terpaksa melayan pembeli yang tak puas hati nih.
Aigo..
Gambar hiasan sajork dalam episod 6. ekekeke..
Ki Hoon merana, Eun jo merana, sebab dua dua degil. Aku luku sorang-sorang kang. Geram betul.Masochistic agaknya si Eun Jo nih.
First time tengok Eun Jo tersenyum riang. It's great to see her like this.
"Misai tebal tidak bercahaya, ibarat kuda hampir mati,Kalau cik adik tidak perchaya, operatelah dada, x-raylah hati"Kata Jung Woo sambil mengenyit matanya.
Iya, samalah kiteee..
Bersedihlah Hyo Sun di Jupun..
Ketika meningkat dewasa. Muka Eun Jo Unni tetap maintain dingin membeku.
"Pi belah! Nyah ko dari sini!"
Moral of the story ialah, KiHoon Oppa tahu bahawa kalau nak deal dengan Eun Jo kena reverse-psychology. Eun Jo ni jenis tak ikut cakap orang. Sebab itulah, Eun Jo kata, "I will never leave just because you told me to". Ki Hoon kan tahu betapa Eun Jo nak tinggalkan tempat tu, tapi, dia takkan pergi kalau orang lain , especially Hyo Sun yang suruh dia pergi.
"Awak ingat, badan saya ni batang pisang?Sebelum awak kerjakan saya, saya korek-kooorek biji mata awak, " tegas Eun Jo.
Hyo Sun kena rotan dulu, kena rotan sekali je , terus mengaku dia bersalah, dan bapanya tidak terus merotan Hyo Sun lagi. Tiba giliran Eun Jo untuk dirotan. Dah rotan berkali-kali pun Eun Jo tak mengaku bersalah. Ketika ini, saya merasakan, walaupun Eun Jo dirotan, dia gembira sebenarnya sebab dia telah dilayan sama rata seperti anak Dae Sung juga. Inilah antara masa-masa yang ditunjukkan kasih sayang dan perasaan bapanya, Dae Sung sama sahaja kepada anaknya sendiri, maupun anak tirinya. Tiada diskriminasi. Inilah juga yang menyebabkan Eun Jo semakin rapat dan mempercayai bapa tirinya itu.
Eun Jo pada ketika ini , makin berbunga-bunga , berbubble bubble cintanya terhadap Ki Hoon Oppa.Menarik scene ini, seperti Fairy Tale, Eun Jo diterbangkan bersama Ki Hoon didalam buih, hingga ke bulan.
Ini ialah Pakcik Hyo Sun. Saya tak pernah tunjukkan gambarnya lagi, kan? Time ni dia tengah membebel, kata dia kena kerja macam kuli lah, kena arah dengan Eun Jo, etc. walhal dia abang kepada emak Hyo Sun.
Ini pula antara scene kiut Ki Hoon Oppa. Eun Jo tanya Ki Hoon, siapakah perempuan yang dia nampak bersama Ki Hoon di tepi tasik tempoh hari. Ki Hoon main-main dulu, sebelum akhirnya dia jawap,"itu gelpren kawanlah , tolong bawakan barang". Kenapa, Eun Jo? Jeles ek. Huhuhu.
Scene ni takde apa-apa, sebab utama nak tunjuk yelah keplastikan muka Hyo Sun. Pelik, kan? Kesian dia, rasanya terlebih cekang di area pipi, or mulut kot. Time ni, dia ada latihan ballet sebab nanti ada recital ke ada audition ballet gitu. Tapi, Hyo Sun ni malas, tak nak usaha sungguh-sungguh.
"Hai mambang merah, mambang biru air laut"
"Alalala,pandainya,Eun Jo", usik Ki Hoon Oppa.
Eun Jo keluar dari bilik pemeraman wine itu dengan cukup puas hati. Senyum simpul nampak..
Kemdian, Ki Hoon Oppa telah memberikannya satu hadiah, berupa pen kepada Eun Jo, dengan ucapan, " Pen Merah , Pen Biru, jangan marah, I love you"
Selalu tau drama korea ni cenggini. Apalah salahnya, cakap ngan Eun Jo, "abang nak gi nih, pegang abang".
"Hancur hatiku, mengenang dikau, menjadi keping-keping setelah kau pergi"
Eun Jo telah membesar menjadi pembantu bapanya mengembangkan perusahaan Rice Wine itu, manakala, Hyo Sun tetap menjadi budak yang mengabihkan boreh, pergi audition ballet sana sini, tapi tak pernah berjaya. Mereka berdua masih tidak berdamai, dan Hyo Sun telah menipu bahawa dia masih kontek sama Ki Hoon Oppa dan mereka sebenarnya telah berkapel.Eun Jo tahan hati je dengar Hyo Sun cakap macam tu.
Mak Eun Jo pulak, dapat anak lelaki bersama Dae Sung itu. Power jugak orang tua nih. Hehehe.
Flashback selepas Ki Hoon pergi tanpa pesan, Eun Jo juga tidak mahu berada di situ, tetapi telah dipujuk oleh bapa tirinya. Eun Jo menurut kerana telah mempercayai dan menyayangi bapa tirinya ini.
Haiyoh , Ki Hoon. Dah besarlah Hyo Sun sekarang, tak sesuai betul tau peluk peluk cenggini lagi.
Jung Woo telah cuba memberitahu yang dia adalah budak chubby yang duduk dengan Hairy Jang, tetapi , Eun Jo tak dengar dah. Sebabnyaaa...
Eun Jo terkejut ternampak Ki Hoon yang berjalan bersama Hyo Sun. Eun Jo , seperti biasa akan buat muka dek saja walaupun hatinya bergelora melihat Ki Hoon semula. Scene pertama keempat-empat mereka berada dalam satu situasi.
Ki Hoon datang mintak kerja balik dalam perusahaan itu, dan kena report direct kepada Eun Jo. Eun Jo pula , buat seolah-olah Ki Hoon itu tak pernah dia kenal sebelum ini. Segala perbualan mereka adalah formal, dan Eun Jo tak tunjuk reaksi langsung terhadap Ki Hoon. Ki Hoon pun pelik. Lama tak jumpa, buat buatlah sesuatu melepas rindu ke gitu, kan.
Ki Hoon yang tak tahan akhirnya tarik Eun Jo keluar, dan tanya direct ke Eun Jo, "Ko takde nak bagitau atau tanya apa-apa lagi ke selain kerja?Kau tak rindu ke?Tak teruja ke abang balik ni?"<--Dialog saya tambah-tambah secukup rasa, harap maklum. hehe. Kemudian, Eun Jo dengan jeles, tanya siapa Hyo Sun dimatanya dan siapakah Eun Jo dimatanya. Hah, amik ko, Ki Hoon. You're sending mixed signal, Ki Hoon. Dengan Hyo Sun pun ko layan baeeekk punya, dengan Eun Jo pun ko nak terhegeh-hegeh jugak. Cubalah firm sket. Toksahlah layan Hyo Sun lebih-lebih sampai peluk peluk bagai. *babap sikit Ki Hoon oppa nih.biasa tuh*
Tetapi, walau betapa marahnya Eun Jo terhadap Ki Hoon, dia tetap cair bila Ki Hoon panggil, "Eun Jo yah"