Thursday, May 20, 2010

Cinderella Unni:Episode 3

Bersambung kembali kepada kisah dari Episod 2 yang mana Eun Jo makan sup penampar oleh ibunya. Bapak Hyo Sun, Dae Sung yang telah kasihan melihat Eun Jo telah menanyakan Kang Sook adakah beliau selalu berlaku kasar kepada anak sendiri. Tapi, seperti biasa, Drama Queen ini telah memutarbelitkan keadaan itu, dengan mengatakan, apa lagi yang dia boleh buat, sebab mereka berdua ni orang luar, nanti apa orang kata, bila tengok Eun Jo berlagak dingin dan kasar juga kepada Hyo Sun, sambil diiringi tangisan sedu sedan. Kalau ada anugerah pelakon terbaik, boleh bagi kat mak dia nih. *Bagus penasihat. Memang otak pembelit nombor satu*.

Sementara itu, Eun Jo telah membawa hati yang lara ke tepi tasik. Disini diperlihatkan yang Eun Jo ni sentiasa ada pemikiran lari dari rumah. I like this part. Dalam kepala Eun Jo sentiasa dah siap packing barang nak lari dari rumah. Dia dah selalu fikir macam tu, kenapa dia masih tak lari-lari jugak? Mungkin kerana dia sebenarnya penakut, atau walaupun dia ni nampak semberono je, otak dia masih waras, masih ada wawasan, kehidupan didahulukan, pelajaran diutamakan.

Saya suka watak Eun Jo yang memang berlainan habis daripada watak tipikal heroin drama korea. Tak ada sekali pun ditunjukkan Eun Jo ni pelahap, kuat makan (selalu kan, kita nampak heroin nih kuat makan, tapi badan keding jugak), tak jugak Eun Jo ini ditunjukkan sebagai budak perempuan yang lurus bendul, yang tak tahu kebolehan diri sendiri. Eun Jo adalah seorang yang lebih matang dari usia sebenarnya, sebab kesusahan yang dialami, tapi, sebab dia membesarkan dalam persekitaran yang negatif, perangai dia pun ikut sama negatif, tak mudah percayakan orang, dan suka buat hal sendiri. *Percaya pada diri, dengan harapan dan keyakinannnn*

Berbalik kepada Eun Jo yang merajuk ke tepi tasik, Ki Hoon Oppa jugakle yang mencari Eun Jo dan ajak dia balik rumah. Bagus Ki Hoon ni punya strategi. Tapi, dia ajak baik-baik pun , Eun Jo jadi marah dan tengking-tengking Ki Hoon, lalu lari dari situ. Lari punya lari, Eun Jo tersembam jatuh, lutut dia sampai terkoyak gitu, tapi Eun Jo sikit tak tunjuk muka sakit. Gilo apo. Ki Hoon jugakla bawak Eun Jo pergi hospital.
Kat hospital ni, kelakar tengok muka Ki Hoon berkerut-kerut macam menahan sakit, walhal muka Eun Jo masih lagi kontrol macho. Ekekeke. Power betul awek nih.Doktor : "Ki Hoon, engko yang sakit ke, ini macam engkau punya perangai, aku bagi kao satu injeksen"

Lepas lutut kena jahit, Eun Jo balik ke rumah, dan cari ibunya, konon nak mengadu la kot. Tapi, Eun Jo kecik hati melihat ibunya tidur dengan Hyo Sun juga tidur diribanya. Of kos lah kan, Eun Jo terasa, sebab walaupun dia ada emak, tapi tak pernah merasa belaian lembut seorang ibu. Kijam betul Kang Sook. Eun Jo pun hampa, balik ke biliknya semula.

Ingat tak time Ki Hoon menyanyi lagu Spanish kat balkoni? Eun Jo ingatkan, Ki Hoon betul-betul pandai cakap Spanish. So, Eun Jo mintak Ki Hoon ajar dia sebab dia nak lari sampai ke Spain supaya takde orang boleh carik dia. Tapi, apa yang Eun Jo tak tau, Ki Hoon pun tak tahu bahasa Spanish tu, Ki Hoon belasah je purak purak tahu. Rasanya nanti finally, kalau Eun Jo kawen ngan Ki Hoon , diaorg hanimun ke sini agaknya. Huhuhu..

Tibalah masa birthday Dae Sung, saudara mara dan handai taulan pun sibuk datang meraikan. Manakala, Hyo Sun, masih lagi tidak putus asa cuba berbaik-baik dengan Eun Jo walaupun Eun Jo layan dia macam hampeh. Hyo Sun dengan baik hati telah membelikan hadiah bagi pihak Eun Jo untuk diberikan kepada ayahnya sebab dia tau mesti Eun Jo takkan belikan apa-apa untuk ayah tirinya itu. Eun Jo macam biasa, akan buat tak kisah je dengan kebaikan Hyo Sun itu.


Jung Woo yang chubby telah menalipon Eun Jo untuk kasik warning yang Hairy Jang datang ke rumah Dae Sung untuk mencari Kang Sook. Eun Jo terus hangin satu badan, sebab dia tahu, pakcik Hyo Sun telah memberitahu alamat tempat tinggal mereka sekarang. Pakcik Hyo Sun kan memang tak sukakan dua beranak nih, so, saya rasa, dia sengaja beri alamat itu kepada Hairy Jang supaya Hairy Jang akan buat huru-hara di rumah Dae Sung. Itulah rancangan busuk pakcik Hyo Sun supaya dua beranak itu diusir keluar.


Eun Jo pun keluar ke rumah dan berjaga-jaga , menunggu Hairy Jang nih. Disini, kita tahu bahawa walaupun Eun Jo macam tak kisah je dengan keluarga Dae Sung ni, tapi dia sebenarnya dah mula ambil berat tentang mereka.

Bila Hairy Jang sampai je, diheretnya Hairy Jang yang mabuk itu ke bilik pemeraman wine itu, dibantu oleh siapa lagi kalau bukan Ki Hoon. Kemdian, Eun Jo telah berceramah , dan saikokan si Hairy Jang itu, (*tepuk tepuk*mek suka*), dengan mengatakan Hairy Jang seorang yang mabuk, papa kedana,mata duitan, ada hati nak ngorat mak aku lagi. Hairy Jang pun lepas tu terus nangis, nak balik. Sebenarnya, ketika Hairy Jang datang nih, saya macam dah ready dah, mesti dia nak buat kacau bilau, mesti ada konflik besar nanti dalam rumah tu. Jangkaan saya meleset sama sekali, pandai script writer nih twistkan kisah kedatangan Hairy Jang ni. Rupanya scene ni nak tunjukkan bahawasanya Eun Jo sebenarnya care pada ibu dia, dan jugak, dia paham, sedara mara kan ramai datang, dia nak jaga air muka Dae Sung supaya tidak dimalukan. Berhati perut juga rupanya Eun Jo ini.

Tapi, ku ingatkan Hairy Jang ni pandaila balik umah sendiri, rupanya sudah pengsan daa. *Bapak nih,asal mintak duit je pengsan*
So, siapa lagi yang kena hantar balik kalau tidak Ki Hoon Oppa. Eun Jo pun telepon Jung Woo cakap yang kalau Hairy Jang selamat sampai rumah, talipon dia balik. *Alasan tu, sebenarnya dia nak make sure Ki Hoon yang selamat hantar Hairy Jang yang mabuk tuh* Time ni kiut betul, Jung Woo telah declare kat Eun Jo, "I love You". Lepas tu malu-malu pulak, "ottoke, ottoke!"

So, selepas dapat call yang Hairy Jang dah selamat sampai, malam tu, Eun Jo telah keluar tunggu Ki Hoon balik. Kenapa dia sanggup tunggu malam-malam tu? Sebab Eun Jo pun dah start rasa kuchkuch la itu sama Ki Hoon Oppa kan.Eun Jo tunggu luar rumah. *Pukul sepuluh tak balik, pukul sebelas tak balik, pukul dua belas pun tak balik-balik.*

Eun Jo pun heran, dicobanya malam kedua. Eun Jo tunggu lagi. Malam tu, Ki Hoon oppa balik. Ki Hoon tak balik malam sebelumnya sebab berjumpa dengan ayah kandungnya. Bapak dia nih, seperti dijangka memang kawen politik dengan mak tiri dia tuh. Keluarga mak tiri tuh memang ada kompeni Wine, bapak Ki Hoon pulak juga ada kompeni wine sendiri. Alkisahnya, Kompeni mak tiri Ki Hoon nak beli habis kompeni bapak kandung Ki Hoon ni. So, bapak dia risaulah, sebab nanti habislah semua harta ismet.
Dia nakkan Ki Hoon tolong dia. Ki Hoon sakit hatilah, bapak dia masih nakkan dia sebab ada udang di sebalik mi siam. Bapak dia nak Ki Hoon tolong pertahankan kompeninya. "*Makan hati je macam ni!*"Fikir Ki Hoon lalu membawa diri, dan memabukkan dirinya pada malam itu. *Hah, betara guru dah datang*
Hapuslah air matamu, Ki Hoon Oppa..


Time ni sebenarnya Ki Hoon dah mabuk , sengsara hati dan perasaan.Eun Jo pulak keluar malam tu, dan nampak Ki Hoon. Ki Hoon panggil, "Eun Jo yah". Eun Jo terkesima. Apahal tah, saya pun kurang paham, apa sebab dia terkesima bila Ki Hoon panggil dia cenggitu.

"Muka ata senyum"

"Marilah Eun Jo"

" Eun Jo, abang lapar. (read:Abang dahagakan kasih sayangmu...)" Pewit.

Kemdian, Ki Hoon memengsankan diri dan dipapahlah oleh Eun Jo masuk ke bilik.


Malam tu jugak, Eun Jo masakkan untuk Ki Hoon, sebab Ki Hoon cakap dia lapar. Haha. Orang tu lapar lainlah Eun Jo. Tapi, belum sempat makan, Ki Hoon dah tertidur. So pagi tu, bila Hyo sun datang bilik Ki Hoon dan kejut dia, barulah nampak ada makanan tu. Ki Hoon yang tahu makanan itu disediakan oleh Eun Jo, dengan tak gosok gigi, basuh muka ke, teruslah makan makanan tu dengan senyum meleret. *Tak senonohla abang sudin nih*

Hyo Sun tahu yang Ki Hoon menaruh hati pada Eun Jo, tapi, dia masih lagi cuba menagih kasih Ki Hoon, dan juga pada masa yang sama masih lagi nak buat Eun Jo suka padanya. Hipokritlah Hyo Sun ni. Dia ni mesti bencikan Eun Jo sebab Ki Hoon dah alih perhatian pada dia, kan. Tapi, Hyo Sun masih lagi pura-pura sukakan Eun Jo.Hyo Sun. Just leave her alone, lah!

Eun Jo pun sama tak tahan, melihat kepura-puraan Hyo Sun itu, lalu membuat satu perkara yang dia pasti akan menyebabkan Hyo Sun benci padanya. Eun Jo pun tipu dengan berkata Dong Soo bagi bunga kat dia, dan nak ngedate dia. Hyo Sun yang juga sebenarnya ada hati dengan Dong Soo,kawan persekolahannya, pun terus hilang sabar. Terkeluar jugak kepura-puraannya dan teruslah diluahkan perasaan Hyo Sun terhadap Eun Jo, iaitu, Hyo Sun benci Eun Jo. Kelihatan Dong Soo berlari lepas letak bunga. Bunga tuh, sebenarnya memanglah untuk Eun Jo, bukan untuk Hyo Sun. Masa Eun Jo menipu tu, dia tak aware pun sebenarnya bunga tu untuk dia.

Marah betul Hyo Sun time nih. "YOU BEGGAR!"

Kantoi jugak perasaan sebenar Hyo Sun. Hyo Sun ni nampak pura pura baik dan sweet, tapi sebenarnya sangat hipokrit. Tapi, kadang tu, betul la, kita terpaksa hipokrit utk jaga hati org lain. Eun Jo tak hipokrit, dia kata tak suka, tak sukalah, tapi, itu juga menyebabkan hati orang terluka...

Tamat Episod 3.

4 comments:

Nakamura Kazuki said...

dah episode 3 nooooh...nanti bleh donlod citer ni....

waiem said...

Brape banyak lari daa Eun Jo..

Si Jung Woo pulak bila nak beso..

Mak Eun Jo memang ekselen akting..

Elf said...

Senpai, Dah banyak episod dah cindailela nih. Silalah donlod yach.

Waiem, Jung Woo besau dalam episod 4..hehehe..

Kakak Cashier said...

Bleh rebiu episode 9??
Tak sabaw Giler nak tau..
hehehe

Makasih2