Monday, May 24, 2010

Cinderella Unni: Episod 6 & 7

Kisah sebelumnya, Ki Hoon telah confront sama itu Eun Jo, kenapakah Eun Jo remain "no comment" terhadap kepulangan Ki Hoon.
Jangan panggil namaku lagi. Jangan telefon lagi, kalau tidak, aku datang bunuh kao.

Hati Eun Jo sangat terluka, surelah kan, Ki Hoon pergi tanpa pesan, sepanjang 8 tahun pun tak pernah call . Sakit hatinya, hinggakan tak sanggup berdepan lagi dengan Ki Hoon. Tak sanggup sebab memendam perasaan ke, sebab dia marah ke , tak tahulah. So, Eun Jo pun pergilah berjumpa bapa tirinya, untuk menyatakan hasrat meninggalkan tempat itu. Pelik la Eun Jo ni, haritu dia nak pergi, sebab Ki Hoon pergi. Bila Ki Hoon dah balik pun, dia buat keputusan utk tinggalkan rumah tu jugak. Bapa tirinya tidak membantah pada kali ini, dan minta dia buat karangan "Kenapa saya mau tinggalkan rumah, dan apakah rancangan saya bila tinggalkan rumah ini"
"Sebelum blah,jangan lupa buat handing over notes sekali."

Ibu Eun Jo, yang berada di luar ketika itu, terdengar perbualan mereka, lalu purak purak pengsan.
Superb sekali lakonan Kang Sook ini. Haha.

Lihatlah lakonan superb Kang Sook ini. Dalam scene yang sama, tapi keadaan berbeza, satu ketika bersama Eun Jo, dan satu lagi ketika bersama Hyo Sun.

Bukan main sihat lagi, boleh lempang-lempang anak.

Bila Hyo Sun masuk je, *piiuuunnggg* , terus demam. Macam Pak Aji Bakhil je bila cikgu sekolah anak yatim mintak derma. hahaha..

Eun Jo pun tak jadilah meninggalkan rumah tu, sebab takut mak dia buat hal lagi. Untuk melupakan kesengsaraan hatinya dek kerna Ki Hoon dan juga ibunya, dia cuba divert pemikirannya dengan buat kajian terhadap yis untuk menghasilkan Rice Wine itu.

Saja nak tunjuk scene nih, sebab Ki Hoon Oppa pakai seluar senteng, tak pakai stokin, pakai kasut. Agaknya , memang tengah trend gitu kot.

Askar sorang ni kelakar betullah.Manjang je salute orang.

Suatu hari, akibat daripada terlalu bekerja keras siang malam membuat kajian dan mengembangkan bisnes, Eun Jo telah jatuh sakit. Ketika ibunya datang melawat, Eun Jo telah meluahkan rasa tensennya pada ibunya, tapi, sebagai ibu, dia sebenarnya sangat sayangkan Eun Jo, cuma sayangnya itu diluahkan dengan memberi dia harta benda, make sure dia tak mati kelaparan. Ketika ini juga, Kang Sook telah confess bahawa dia hidup dengan Dae Sung semata mata kerna harta. Dia sukakan Dae Sung kerna hartanya.

Seperti biasa, citer korea ni kalau tak terdengar perbualan orang lain yang rahsia memang tak sah. Dae Sung telah terdengar kata-kata Kang Sook dan menjadi sedih. Eun Jo tahu yang Dae Sung telah terdengar perbualan mereka, dan merasa bersalah sangat, cuba memujuk Dae Sung, tapi dia tak reti. Rupanya, Dae Sung tahu yang selama ini memang dia perasan pun kepura-puraan Kang Sook, tapi dia terima juga mereka berdua, kerana dia pun memang suka pada Kang Sook dan juga kerana dua beranak itu sangat kasihan.

Suatu hari, rumah Dae Sung didatangi pembeli yang tak puas hati, kerana ditipu dengan Rice Wine yang sudah tidak elok mutunya. Ketika ini, semua orang tiada dirumah sebab ada acara family day. Hyo Sun terpaksa melayan pembeli yang tak puas hati nih.
Hyo Sun brejaya meyakinkan pembeli ini, yang rice wine yang mereka beli itu adalah tiruan. Hyo Sun memang ada bakat dalam marketing. Sungguh customer focus.

Aigo..
Gambar hiasan sajork dalam episod 6. ekekeke..

Akhirnya, diketahui juga yang pakcik Hyo Sun itu yang membuat Rice Wine tiruan itu. Takleh diharap punya pagar .


Oleh kerana Rice Wine yang tiruan ini habis didistribute oleh pakcik Hyo Sun yang tak bertanggungjawap, perniagaan Dae Sung merosot. Dia sudah tiada lagi pembeli di dalam negara. Maka, Eun Jo mencadangkan mereka mencari pasaran baru, iaitu di Jepun.

Pada awalnya, Eun Jo telah secara sukarela mencari pembeli, tapi telah dicounter proposal oleh Ki Hoon yang mahu pergi kesana bersama Hyo Sun dengan alasan, Hyo Sun pandai ambil hati pembeli lagi daripada Eun Jo. "Eun Jo tak pandai bukak hati orang, dia pandai kasik hati orang tertutup makin rapat". Kata Ki Hoon. Perli Eun Jo la tuhKi Hoon merana, Eun jo merana, sebab dua dua degil. Aku luku sorang-sorang kang. Geram betul.Masochistic agaknya si Eun Jo nih.

Keesokan harinya, Eun Jo bersama Jung Woo telah pergi ke pekan kerana mendengar berita pakcik Hyo Sun telah dilihat disitu. Kesempatan itu diambil oleh Jung Woo, iaitu ketika makan, dia telah mengkantoikan dirinya dengan mengatakan, "sayalah Jung Woo yang chubby itu dulu". Gembira Eun Jo mendengarkan khabar itu, kerana tidak menyangka Jung Woo telah membesar menjadi ganteng.

First time tengok Eun Jo tersenyum riang. It's great to see her like this.

Dah masuk kereta pun Eun masih tak percaya. Menggoda betul Jung Woo dalam scene nih. Comel je style dia cakap, boleh cair. ekeke.. "Misai tebal tidak bercahaya, ibarat kuda hampir mati,Kalau cik adik tidak perchaya, operatelah dada, x-raylah hati"Kata Jung Woo sambil mengenyit matanya.

Sementara itu, di Jepun,Hyo Sun dan Ki Hoon telah berjaya mendapat pembeli. Salah satu sebab kerana pembeli itu tertarik dengan drama korea macam makincek elf jugak. ekekeke..Iya, samalah kiteee..

Akan tetapi, berlakulah kisah bapa tiri Eun Jo jatuh pengsan kerana serangan jantung, stress sangat dengan keadaan yang berlaku di rumah ketika itu.
Bersedihlah Hyo Sun di Jupun..

Tamat Episod 6&7

No comments: