Ok, arakian, kisahnya, Eun Jo dengan Hyo Sun ni tidolah satu bilik, sementara menunggu bilik sebenar Eun Jo tengah renobesen.
Bila Eun Jo masuk bilik nih, Hyo Sun dengan baik hati, sudah kosongkan ruang kat almari dia, supaya Eun Jo dapat letak kain baju dia. Pastu, siap belikan pijama untuk Eun Jo, sebab Hyo Sun rasanya sangat gembira sebab dapat unni baru.
Kemdian, Eun Jo masuk toilet bilik tu. Eun Jo terkesima sebenarnya melihat bilik air yang begitu besar dan mewah. Part ni, macam Hyo Sun tau tau je apa yang Eun Jo pikirkan. Time Eun Jo tengok ada dua berus gigi, Hyo Sun jerit dari luar, "yang merah tu unni punya,bukan Ahmad Albab yang punya".Ekeke. Lepas itu, bila Eun Jo dok tekan-tekan, pusing pusing pili air tapi tak keluar jugak airnya, Hyo Sun jerit pulak,"Letak tangan kat bawah pili tu, nanti dia automatik akan keluar air!"
Hyo Sun ni pulak karakter dia , jenis cakap takleh berenti,ada je menda yang dia nak borak. So, sampai ke tengah malam nak tidur pun, si Hyo Sun ni masih lagi bercakap, dahle tu,cerita kisah hidup dia pulak, dari lahir sampaila ke umur 10 tahun. Kalau saya pun hangin je, sampai malam pun bising lagi. "Ini boleh mendatangkan marah"fikir Eun Jo, lalu dia suruh Hyo Sun diam, dan keluar dari bilik.Hyo Sun nak ikut, tapi Eun Jo sudah jeling satu kali sama itu Hyo Sun dengan renungan maut tahap ketujuh. Hyo Sun pun tak jadi ikut.
Sampai keluar, Ki Hoon Oppa tengah lepak kat balkoni sorang-sorang. Syok betul Ki Hoon bila nampak Eun Jo keluar lalu ditegurnya si Eun Jo,supaya datang dekat duduk dengan dia borak-borak. Tapi, Eun Jo dengan kerek, sebab dia kan tak suka campur gaul dengan orang nih, lalu tolak pelawaan Ki Hoon.
Kemudian, Eun Jo pun berlalu pergi, dan Ki Hoon Oppa bukak kaset lagu Spanish, "de coloressss..de coloresss, bla blaaa"<--sila hapal lagu ni, cikgu nak soal lepas ni.
Keesokan harinya, sedang Ki Hoon memandu kereta Kia Optima (rasanya) yang berleather seat kaler beige, dia telah diekori mat rempit bermotosikal(Ada ke mat rempit berkereta?). Kemdian mamat motosikal itu overtake kereta Ki Hoon dan berhenti tengah jalan. Ki Hoon terpaksa buat brek emergency, sreeeeettt!. Mat rempit itu rupanya ialah Hong Ki Tae, bukan kitai baju ya, sebut betul-betul. Dia adalah abang tiri kepada Ki Hoon. Dia datang sebab katanya, Ki Hoon ini sengaja nak memburukkan keluarga tirinya sebab bekerja dikampung seperti ini, dan ditempat perusahaan wine juga. Dijadikan kisah juga, keluarga tiri Ki Hoon ini ada kompeni wine yang besar dan terkenal di Korea. Kemdian Ki Tae ni dusyum bagi penumbuk satu kali ke Ki Hoon. Ki Hoon terus marah, dan tumbuk Ki Tae balik, dan berkata yang dia dah katakan, dia takde kena mengena dengan famili ni lagi. Jangan la ganggu dia.
Beberapa hari kemdian, kahwinlah Kang Sook dengan tauke Rice Wine tu. Depa pun pergi hanimun, dan bila balik ke rumah, mereka telah disambut mesra oleh penghuni kampung fening lalat, yang juga merupakan kaum kerabat belah pengantin lelaki. Biasanya,pengantin perempuan kena bagi tunduk hormat kepada pangkat senior dalam keluarga lelaki. So, Kang Sook pun tunduklah kepada tetua tu satu demi satu.

Dalam upacara ini juga, melihatkan Hyo Sun terperasan Ki Hoon memandang Eun Jo dengan pandangan yang penuh kuch-kuch-hota-hai.
Eun Jo ni jugak kan jenis anti-sosial. So, bila orang ramai-ramai datang, dia tak selesa dan kalau boleh cari tempat yang dia boleh bersendirian. Ki Hoon perkenalkannya dengan tempat ini, iaitu tempat memeram wine. Tempat ni nanti, banyak signifikannya terhadap hubungan Ki Hoon dan Eun Jo.
Tauke rice wine,Dae Sung ni sebenarnya ada hati yang sangat baik. Dia telah panggil Eun Jo keluar slow talk, dan bercakap heart to heart. Saat ni penting kerana ini antara saat-saat awal Eun Jo merasakan ada orang yang benar-benar ambil berat dengannya. Tapi, cam biasa, hatinya cuba tidak mahu percaya bahawa lelaki ini jujur, dan mungkin juga, Eun Jo rasa terkejut dengan sesuatu yang baru , yang tidak pernah ada dalam kamus hidupnya, iaitu bahawasanya, ada orang yang baik-baik dalam dunia ini. Dae Sung bertanya tentang impian Eun Jo dan obviously, Eun Jo tak jawap, sebab mungkin Eun Jo sendiri tidak berani membuat impian, kerna bagi Eun Jo, impian itu satu angan-angan yang tak mungkin tercapai. Kesian Eun Jo, kan.
Kemdian masuk scene di sekolah Eun Jo. Eun Jo ni sebab banyak tak sekolah, maka dia banyak tertinggal silibus pelajaran. So, dia kena duduk satu kelas dengan Hyo Sun walaupun Hyo Sun adalah lebih muda usianya. Kat kelas tu juga, cikgu maths dia suruh selesaikan soklan kat papan hitam, tapi Eun Jo kata dia tak nak. Sebabnya bukan dia nak kurang hajau ke apa, tapi , Eun Jo memang tak tahu macamana nak selesaikan masalah tu sebab dia sebenarnya hafal soklan matematik dan jawapannya.
Ini pula ialah abang sulung tiri Ki Hoon, namanya Ki Jung. Boleh tahan kendo jugak kalau berlakon baik-baik. Dia datang bagi amaran lagi kat Ki Hoon jangan kerja dengan Dae Sung, tauke rice wine itu. Macam ada apa-apa je tempat tu dengan famili ini. Mungkin ada misteri disebalik diaorg beriya tak mau kasik Ki Hoon kerja disitu.
Di suatu babak yang lain, kelihatan Ki Hoon teringin nak belikan cocok sanggul sebenar kepada Eun Jo, sebab Eun Jo selalu pakai pengsel jadikan cucuk sanggul dia.Ini juga bermakna, Ki Hoon ada hati sama itu Eun Jo. So suwit.
Sementara itu, Dae Sung telah pergi register perkahwinannya cepat-cepat sebab termakan kata-kata Kang Sook.
Babak ni sungguh kelakar, sebab Kang Sook ni kalau depan husband dia, pijak semut pun tak mati, sopan santun macam Senpai. Kang Sook buat alasan nak gi toilet, walhal, dia pergi belakang bangunan, dan menjerit kegirangan, siap menyumpah-nyumpah sebab terlalu happy dapat jadi isteri orang akhirnya pada umur 40 tawun.

Bila sampai rumah, the first thing Kang Sook buat ialah pergi cari ahjumma dua orang nih, balas dendam, sebab masa mula-mula Kang Sook datang, diaorg simbah air kotor ke badan Kang Sook.

Tiba masa Eun Jo dan Hyo Sun balik dari sekolah, Ki Hoon telah menunggu nak bagi hadiah pada Eun Jo.
Bila balik sekolah, Hyo Sun yang mabuk (dia suka curi-curi minum rice wine) telah terdengar ketika masa Kang Sook mengadu yang Eun Jo upset pasal kawan-kawan kat sekolah ejek tentang surname mereka berbeza. Hyo Sun bagitau Eun Jo, dia dah tanya semua orang kat sekolah, tak de siapa pun main-mainkan nama Eun Jo. Kenapa mak dia kata macam tu? Eun Jo pun cakap yang mak dia tu pembohong besau. Hyo Sun tak percaya, dan cuba ajak Eun Jo untuk tanyakan sendiri dengan ibunya, Kang Sook.
Hyo Sun pun tergedik-gedik memegang tangan Eun Jo , mengajak dia bertanya soklan itu kepada ibunya, "kita cari kebenaran sekarang". Eun Jo takmo, lalu menepis Hyo Sun. Tapi, sebab Hyo Sun kan tengah mabuk, dia pun terjatuh. Keadaan ini menjadikan Kang Sook serba salah, lalu dilempangnya pipi Eun Jo, dan cepat cepat berlari tolong Hyo Sun bangun.
Situasi ini berlaku dihadapan Dae Sung dan Ki Hoon. Ini juga saat yang penting kerana , Dae Sung dah mula rasa, Kang Sook ni ada evil side, yang boleh lempang anak sendiri, sambil cakap, "you little bitch!" Disebalik tatasusilaan Kang Sook, dia boleh buat perkara seperti itu.
Tamat Episod 2.
1 comment:
wokey set...shhhhh jangan kasi tau En din juga..kita kaotim sama2...kekekeke..malam kalau dan layan episode 1 citer ni....
Post a Comment