Bersambung daripada kisah Dae Sung jatuh pengsan kerana terlalu stress. Hyo Sun dan Ki Hoon yang berada di Jepun ketika itu bersedih dan segera mahu balik. Di ketika ini juga, Hyo Sun adalah jeles kepada Eun Jo kerana Ki Hoon telah memujuknya instead of dirinya. “Kuman diseberang laut nampak, awek cun and sexy di depan mata tak nampak”, fikir Hyo Sun dalam hati
Gila besau hotel room, kata kompeni tengah bermasalah. Masa I ols pegi Jupun kejap dulu, bilik hotel dia yang kecik , standard 3 star je dah lebih kurang RM400-500 satu malem. Setelah pulang, Dae Sung juga telah kembali sembuh, tapi, dia tak boleh stress-stress lagi, atau sakit itu akan berulang. Baju biru yang dipakai oleh Dae Sung itu dibeli oleh Eun Jo. Macam tak percaya je Eun Jo yang keras hati tu boleh bagi gesture sedemikian.
Teka kenapa kedua dua orang ni, mukanya cenggitu? Sebenarnya time ni, Eun Jo lari-lari nak balik ke lab , tapi terjatuh. Hyo Sun dan Ki Hoon terus menjalankan aktiviti marketing sebab itu kebolehan Hyo Sun.
Tengok muka Ki Hoon, aku tak paham itu muka bangga, ataupun itu muka dia dah suka pada Hyo Sun. Tapi, kalau ikutkan jalan cerita ni, itu mesti muka bangga dan kagum terhadap Hyo Sun kot.Sementara Ki Hoon berdua-duaan bekerja bersama, Eun Jo pula masih menyebukkan diri membuat kajian di lab. Oleh sebab Eun Jo sampai tidur tidur kat lab, tak balik rumah, Jung Woo pula telah membawakan makanan kepada Eun Jo, so suwit.
Kembali kepada scene tak perlu dalam drama ini iaitu, kononnya, Ki Hoon dan Hyo Sun terlibat dalam kemalangan. Ki Hoon Oppa pun risaukan Hyo Sun terus dipeluknya Hyo Sun , dengan tujuan mahu melindunginya dari impact eksiden itu. Hyo Sun mestilah lagi berbunga-bunga hatinya bila dipeluk sebegitu. Kasihan sunguh Hyo Sun. Ki Hoon tu takde perasaan lain selain melindungi seorang adik sajork.
Akhirnya, pakcik Hyo Sun telah pulang dan mengaku bersalah, tapi dia bukan salahkan diri sendiri, tapi salahkan ibu yang mengandung, minum , makan benda pelik-pelik menyebabkan dia jadik kurang akal gitu. Sungguhpun begitu, Dae Sung telah memaafkannya. Baik betul hati Dae Sung ini.
”Semalam, saya jatuh parit, tu yang tak dapat balik rumah cepat”Eun Jo yang tahu pakcik itu balik, terus hangen satu badan, diheretnya pakcik itu mahu dibawanya ke kantor polisi.
Seperti biasa, Eun Jo yang menahan perasaan dan pelari tegar itu terus melarikan diri. Ki Hoon cuba mengejar tapi ditarik tangannya oleh Hyo Sun. Jung Woo pula terus mengejar. *Kita kejar haaa*
Kemdian, bila perasaan Eun Jo dah beransur pulih, Jung Woo terus cuba menghiburkan hati Eun Jo dengan membuat tarian tarian lawak. Masa saya tengok mula-mula, saya rasa tahapa-hapa, tak lawak pun. Tapi, bila ditunjukkan bagaimana Eun Jo Nampak si Jung Woo nih, sebagai Jung Woo yang chubby, hati saya tersentuh. Part ni saya nangis. Waaaaa…mungkin kerna muzik latar belakang tuh..Sedap jugak tau soundtrack dia.
Dan seperti biasa, mesti ada adegan hero “melihat-dengan-jeles”. Dia pelik kenapa Eun Jo boleh beriya iya gelak tengok aksi beruk mat yeh yang dipaparkan oleh Jung Woo. Seterusnya, berbalik kepada kajian Eun Jo, beliau cuba nak tunjuk pada Dae Sung dia berjaya mencipta kaedah baru, yang boleh mengurangkan kos dan mempercepatkan proses membuat wine itu. Tapi, malangnya, ujian tidak menjadi, dan Eun Jo terus meroyan, dibuangnya wine tu sebalang.
Di satu malem yang lain, Ki Hoon telah mengajar Hyo Sun cakap Jupun, tapi, Hyo Sun tak pay attention dengan alasan, takleh concentrate sebab balak depan mata. Ditanyanya,"kenapa tak nak dengan saya? Adakah kerna saya bukan Eun Jo?"
Eun Jo berjalan lagi, terdengar perbualan ibunya di telefon. Bila Eun Jo datang dekat kepada ibunya, ibunya terperanjat lalu terpelanting telefonnya. Eun saspek, "Telepon Jang ka? Jang , oh Jang, ekau tak sorik lagi ko"
Kang Sook teruslah berjumpa dengan Jang, dan memberinya duit yang banyak, dan mintak Jang tidak mencarinya lagi, dan hubungan mereka hingga tahap itu saja.
"Jang, ekau kawin yolah dengan si Milah"Akan tetapi, jengjengjeng..
Eun Jo nekad nak tahu siapa yang Kang Sook jumpa dalam restoran itu.
Cari punya cari..Mereka pun bertemu di bawah satu gazebo, membincangkan hal-hal dalaman mereka itu. Mak Eun Jo berkata, dia memang kali ni benar-benar nak tinggalkan Hairy Jang itu. Kalau tak serius, masakan dia sanggup bagi wang lagi pada Jang. Eun Jo pun terpikir, "ya tak ya jugak" sebab orang tua tu mana pernah bagi duit kat orang dalam apa keadaan sekalipun. Betullah Kang Sook ni cuba mengakhiri hubungan itu. Hairy Jang pula,walaupun meskin dan tak hensem, masih ada harga diri, dan pulangkan duit itu, dan juga berjanji takkan berjumpa dan mencari Kang Sook lagi.
Tengok gazebo ni, teringat pulak scene Kuch Kuch Hota Hai, masa ujan, Shah Rukh Khan jumpa Kajol semula itu, dan menari tanpa muzik. hehehe..Berbalik di rumah Dae Sung, mereka mencari Eun Jo yang pergi kemana tak berjumpa. Adegan ini pun saya suka, kerana dipaparkan Ki Hoon bermonolog dalam hati, tentang apa yang dipikirkan dan perasaan terhadap Eun Jo ini.
Bila Eun Jo balik, Ki Hoon telah confront Eun Jo lagi, dan sambil tu bertanya, "adakah kau sebenarnya tak dapat surat yang aku bagi sebelum aku pergi itu?" This is the chance to set things straight lah kan. Tapi, Eun Jo, walaupun dia tahu dia tak dapat surat tu, tapi, dia mengaku dia dapat. (Time ni saya rasa nak ketuk si Eun Jo into senses)
Kemudian, satu hari, kilang wine Dae Sung itu menghadapi masalah kerana tak dapat bekalan beras. Untuk mengelakkan Dae Sung dari stress, Eun Jo telah meminta ibunya untuk bawak Dae Sung berjalan-jalan, offkan henpon, dan tak kasik Dae Sung balik ke rumah sementara mereka mencari penyelesaiannya.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya ujan ditengah hari. Produk yang dihantar ke Jepun itu tiada siapa pun yang claim dan ambil. Rupanya order dari Jepun itu adalah order tipu.Takde siapa pun yang sebenarnya order wine itu dari Jepun. Kebetulan, Dae Sung sendiri yang mengangkat telefon itu.
Ki Hoon terus berasa ini semua mesti abang tirinya yang membuat onar. Lantas terus ditelefonnya Ki Jung bertanya adakah bener itu semua. Dae Sung pula, secara kebetulan berada di situ, terdengar perbualan, dan tahulah yang semua ini angkara keluarga Ki Hoon, dan dapat tahu yang Ki Hoon juga ingin memiliki perusahaan Dae Sung ini.
Dae Sung terus dilanda tekanan perasaan yang amat sangat, dan kena heart attack sekali lagi.Dengan pantas, Ki Hoon membawa Presiden Dae Sung ini ke hospital, tetapi, sudah terlambat, Dae Sung telah mati.
Terus flash back Dae Sung yang cuba berbaik dengan Eun Jo, dan pernah sekali meminta Eun Jo memanggilnya ayah. Eun Jo tidak sempat panggil "Abuji, atau Appa" kepada Dae Sung itu.

2 comments:
..(^.^)v..
TQ tq Tuan belog.
Best giler, tak sabaw nak tengok malam ni.hehe
thanks ek ELF. sbb mula tgk ni kat KBS, dah stengah jalan so bila baca blog ni boleh paham dh keseluruhan cite ni. part last ms Eun Jo nangis kat tangga tu, memang nangis x ingat dunia pny. Then part 10 pun nangis lagi. Masa Eun Jo dah berjaya wat yis sama cm ayah dia then dia panggil "appa"...huaaaaaa...bila kenang rasa nak nangis je..thanks...akan polo cite ni smpai abis. :)
Post a Comment