Friday, May 14, 2010

Cinderella Unni : Pengenalan

Antara cerita yang tengah dilayanz sekarang nih : Cinderella Unni. Oleh sebab cerita ni Waiem tak ulas, so, biarlah hamba mengulas dengan jayanya.

Sinopsis cerita ini dalam Dramawiki:
A modern day adaptation of Cinderella with a twist as our Cinderella, Goo Hyo Sun, is loved by everyone whereas her stepsister, Eun Jo, has a dark past and struggles with the fact that her mother starts to care more for Hyo Sun than her.

La, itu je? Sikit bebeno. Oklah, marilah kita berkenal-kenal dengan pelakon-pelakonnya. *Kenal-kenallah ya, nanti makcik siapkan koopi*

*Moon Geun Young sebagai Song Eun Jo.*

Gadis ini first time saya tengok, dalam cerita Painter of The Wind. Sungguh pandai berlakon dengan muka "sepe'e" .Muka sepe'e tuh macam buat muka toya dan muka tak kisah ngan orang lain. Dalam drama ini, Geun Young ni berlakon sebagai anak perempuan seorang wanita kasanova. Dari kecil tak pernah hidup senang, zaman kanak-kanak pula terganggu sebab mak dia asik je tukar tukar lelaki, demi mencari sesuap nasi. Karakter dia dalam ni memang nampak betul dia ni budak bermasalah.Kasar, ikut suka hati dia je kalau nak buat sesuatu, jenis tak campur orang dan percaya dia nih boleh hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Sentiasa juga berfikir nak lari dari rumah. Nasib baik takde boipren, kalau tidak, udah lari ke Lombok yach.

Seterusnya, Chun Jung Myung sebagai Hong Ki Hoon.

First time tengok dia dalam What's up Fox. Sungguh comel dia time tuh. Sama jugak macam sekarang lah, cuma dah nampak lagi kematangan dia berbanding drama sebelumnya. Dalam cerita kali ni, dia merupakan anak illegal seorang kaya. So, hidup dia selalu disepitkan oleh keluarga stepmother dia, yang nak dia ni takde kaitan langsung dengan keluarga orang kaya tersebut. Dia telah dibuang, dan disuruh sign borang, takkan tuntut harta orang kaya itu. Bapak dia pulak, masih perlukan dia , sebab nak selamatkan kompeni sendiri. Nampak gaya macam bapak dia nih, kawin politik dgn mak tiri dia tuh. Bapak dia ngan mak tiri pun tak ngam. Sebab dia kena buang, dia pun larilah ke kampung dan bekerja dengan seorang tukang buat makgulli ( Rice Wine).

Simuka plastik ini pula yelah Seo Woo berlakon sebagai Gu Hyo Seun.

Tak pernah tengok dia berlakon sebelum ni. Alkisah , dia ni anak kepada tauke Rice Wine tersebut. Manja, spoil tahap dewata kerna masa kecik mak dia dah mati, dan dia sentiasa dimanjain oleh bapaknya dan orang-orang yang keje kat rumahnya.Rapat dengan Oppa Ki Hoon, hinggakan dia dah cop dah Ki Hoon Oppa jadik laki dia bila dia besar nanti.

Alalala, comeynya si Taecyeon sebagai Han Jung Woo.

Tak pernah berlakon, sebab sebenarnya dia ni merupakan ahli kumpulan 2PM. Mungkin lepas citer Cinderella ni, dia tukar ke kumpulan Bila Larut Malam,12AM ataupun kumpulan Pancha Sitara.ekeke. Dalam cerita ni,masa kecik, dia tinggal bersama dengan Eun Jo dan emaknya. So, Eun Jo inilah yang tukang bagi makan dia. Dia terasa terhutang budi-tapi-belum-tergadai-bodi dan janji nak jaga dia sampai bila-bila. So kiyut.

Ini pula Lee Mi Sook sebagai Song Kang Sook.

Berlakon dalam drama antaranya East Of Eden dulu. Dalam cerita ni, inilah mak kepada Eun Jo, yang manipulative ,scheming lady. Menipu lelaki untuk hidup senang. Sentiasa bergantung hidup dengan lelaki, dan tak boleh kalau takde lelaki dalam hidup dia. Oleh sebab diani cantikla jugak, okeylah, boleh tahan..Maka, dia senang goda lelaki. Dalam cerita ni bila tengok dia goda orang, dia manipulate orang, memang terer. Kelakau pun ada..

Ini pula Kim Gab Soo sebagai Gu Dae Sung.

Pes time tengok dia dalam cerita Partner. Tengok cerita Partner jugak sebab ada Chenta hati pertama, Abang Dong Wook..Ekeke..Tapi, citer Partner tu kurang umph lah. Abang Wook ni, buatlah citer cinta komedi lagi. Bes tau..Eh, salah pulak, ni cerita pasal Encik Kim Gab Soo lah. Ok . Kat sini, dialah tauke rice wine tersebut. Menjalankan perusahaan kampung secara kecil-kecilan. Ramai orang sukakan rasa rice wine dia nih, sebab diadun dari bahan-bahan asli dan tradisional , yang diwarisi turun temurun, sajian istana di zaman silam.*Adaabii*.

Seterusnya nanti, sinopsis episod pertama.

4 comments:

waiem said...

Shabas inspekter sahab, shabas.

waiem said...

Eh lupa satu...aja aja hwaitingggg

Elf said...

Hahaha, sekali tu , hangat hangat taik ayam daa...

ruha said...

yer dah ade tempat lepak baru, hai unnie elf