Episod dua rangkai ini ialah episode air mata bagi saya. Silalah sediakan tisu sebagai langkah berjaga-jaga, yach. Episod ni adalah antara episode kegemaran dan kegeraman saya setakat ini. Rebiu Episod 9 ini juga ditujukan kepada Kakak Cashier yang minta saya rebiu cepat2 Episod 9 ini. Sudah terlambat kah?Huhu..
Bersambung daripada kisah Dae Sung jatuh pengsan kerana terlalu stress. Hyo Sun dan Ki Hoon yang berada di Jepun ketika itu bersedih dan segera mahu balik. Di ketika ini juga, Hyo Sun adalah jeles kepada Eun Jo kerana Ki Hoon telah memujuknya instead of dirinya. “Kuman diseberang laut nampak, awek cun and sexy di depan mata tak nampak”, fikir Hyo Sun dalam hati
Gila besau hotel room, kata kompeni tengah bermasalah. Masa I ols pegi Jupun kejap dulu, bilik hotel dia yang kecik , standard 3 star je dah lebih kurang RM400-500 satu malem.
Setelah pulang, Dae Sung juga telah kembali sembuh, tapi, dia tak boleh stress-stress lagi, atau sakit itu akan berulang. Baju biru yang dipakai oleh Dae Sung itu dibeli oleh Eun Jo. Macam tak percaya je Eun Jo yang keras hati tu boleh bagi gesture sedemikian. Teka kenapa kedua dua orang ni, mukanya cenggitu? Sebenarnya time ni, Eun Jo lari-lari nak balik ke lab , tapi terjatuh.
Hyo Sun dan Ki Hoon terus menjalankan aktiviti marketing sebab itu kebolehan Hyo Sun. Tengok muka Ki Hoon, aku tak paham itu muka bangga, ataupun itu muka dia dah suka pada Hyo Sun. Tapi, kalau ikutkan jalan cerita ni, itu mesti muka bangga dan kagum terhadap Hyo Sun kot.
Sementara Ki Hoon berdua-duaan bekerja bersama, Eun Jo pula masih menyebukkan diri membuat kajian di lab. Oleh sebab Eun Jo sampai tidur tidur kat lab, tak balik rumah, Jung Woo pula telah membawakan makanan kepada Eun Jo, so suwit.
Kembali kepada scene tak perlu dalam drama ini iaitu, kononnya, Ki Hoon dan Hyo Sun terlibat dalam kemalangan. Ki Hoon Oppa pun risaukan Hyo Sun terus dipeluknya Hyo Sun , dengan tujuan mahu melindunginya dari impact eksiden itu. Hyo Sun mestilah lagi berbunga-bunga hatinya bila dipeluk sebegitu. Kasihan sunguh Hyo Sun. Ki Hoon tu takde perasaan lain selain melindungi seorang adik sajork. ”Kwenchana?kwenchana? Haiii kwenchanaa dewiiii” Ki Hoon, hepp..jauh sket.
Akhirnya, pakcik Hyo Sun telah pulang dan mengaku bersalah, tapi dia bukan salahkan diri sendiri, tapi salahkan ibu yang mengandung, minum , makan benda pelik-pelik menyebabkan dia jadik kurang akal gitu. Sungguhpun begitu, Dae Sung telah memaafkannya. Baik betul hati Dae Sung ini. ”Semalam, saya jatuh parit, tu yang tak dapat balik rumah cepat”
Eun Jo yang tahu pakcik itu balik, terus hangen satu badan, diheretnya pakcik itu mahu dibawanya ke kantor polisi. Time ni, semua orang bergaduh sesame sendiri, Eun Jo tarik pakcik dia, Hyo Sun try pukul Eun Jo, tapi Jung Woo pulak tahan tangan Hyo Sun, terus Ki Hoon pulak tahan tangan Jung Woo. Berantai-rantai daaa..Last-last semua berenti sebab bapak keluar.
Seperti biasa, Eun Jo yang menahan perasaan dan pelari tegar itu terus melarikan diri. Ki Hoon cuba mengejar tapi ditarik tangannya oleh Hyo Sun. Jung Woo pula terus mengejar. *Kita kejar haaa* Scene ni seronok tengok, instead of stopping her, Jung Woo scoop her, eh, apsal cakap ompteh nih. Dokong dia , bawak lari . Besnya, nak jugak ….
Kemdian, bila perasaan Eun Jo dah beransur pulih, Jung Woo terus cuba menghiburkan hati Eun Jo dengan membuat tarian tarian lawak. Masa saya tengok mula-mula, saya rasa tahapa-hapa, tak lawak pun. Tapi, bila ditunjukkan bagaimana Eun Jo Nampak si Jung Woo nih, sebagai Jung Woo yang chubby, hati saya tersentuh. Part ni saya nangis. Waaaaa…mungkin kerna muzik latar belakang tuh..Sedap jugak tau soundtrack dia. Scene yang sangat touching bagi saya, sehingga mengalirkan ayo hidung bagai. Tengok gambar ni tak terasa touching, tengok scene tuh, dengan muzik, dengan slow motion. Waaaaa!
Dan seperti biasa, mesti ada adegan hero “melihat-dengan-jeles”. Dia pelik kenapa Eun Jo boleh beriya iya gelak tengok aksi beruk mat yeh yang dipaparkan oleh Jung Woo.
Seterusnya, berbalik kepada kajian Eun Jo, beliau cuba nak tunjuk pada Dae Sung dia berjaya mencipta kaedah baru, yang boleh mengurangkan kos dan mempercepatkan proses membuat wine itu. Tapi, malangnya, ujian tidak menjadi, dan Eun Jo terus meroyan, dibuangnya wine tu sebalang.
Di satu malem yang lain, Ki Hoon telah mengajar Hyo Sun cakap Jupun, tapi, Hyo Sun tak pay attention dengan alasan, takleh concentrate sebab balak depan mata. Ditanyanya,"kenapa tak nak dengan saya? Adakah kerna saya bukan Eun Jo?"Eun Jo yang secara kebetulan melalui tempat itu, berkata, "Aku takde kena mengena dengan ini gambar!" Jangan cuba nak libatkan dia dengan cinta mereka berdua kononnya.
Eun Jo berjalan lagi, terdengar perbualan ibunya di telefon. Bila Eun Jo datang dekat kepada ibunya, ibunya terperanjat lalu terpelanting telefonnya. Eun saspek, "Telepon Jang ka? Jang , oh Jang, ekau tak sorik lagi ko" Teruslah berceramah Eun Jo ni lagi pada mak dia, sampai tahap, dia kata, "lebih baik masuk neraka dari kena duduk dengan mak dia". Macam satu tamparan hebat pada Kang Sook, dan Kang Sook pun cuba untuk insof.
Kang Sook teruslah berjumpa dengan Jang, dan memberinya duit yang banyak, dan mintak Jang tidak mencarinya lagi, dan hubungan mereka hingga tahap itu saja. "Jang, ekau kawin yolah dengan si Milah"
Akan tetapi, jengjengjeng..Telah berlaku kekantoian. Eun Jo nekad nak tahu siapa yang Kang Sook jumpa dalam restoran itu.
Cari punya cari..
Akhirnya berjumpa dengan Hairy Jang jua. Semua orang terkejut kecuali Eun Jo (sebab Eun Jo tak nampak ekspresi mukanya..ekeke)
Mereka pun bertemu di bawah satu gazebo, membincangkan hal-hal dalaman mereka itu. Mak Eun Jo berkata, dia memang kali ni benar-benar nak tinggalkan Hairy Jang itu. Kalau tak serius, masakan dia sanggup bagi wang lagi pada Jang. Eun Jo pun terpikir, "ya tak ya jugak" sebab orang tua tu mana pernah bagi duit kat orang dalam apa keadaan sekalipun. Betullah Kang Sook ni cuba mengakhiri hubungan itu. Hairy Jang pula,walaupun meskin dan tak hensem, masih ada harga diri, dan pulangkan duit itu, dan juga berjanji takkan berjumpa dan mencari Kang Sook lagi. Tengok gazebo ni, teringat pulak scene Kuch Kuch Hota Hai, masa ujan, Shah Rukh Khan jumpa Kajol semula itu, dan menari tanpa muzik. hehehe..
Berbalik di rumah Dae Sung, mereka mencari Eun Jo yang pergi kemana tak berjumpa. Adegan ini pun saya suka, kerana dipaparkan Ki Hoon bermonolog dalam hati, tentang apa yang dipikirkan dan perasaan terhadap Eun Jo ini.
Ki Hoon pun sakit hati jugak, sebab dia ingat, dalam surat yang dia bagi pada Eun Jo(tapi tak disampaikan Hyo Sun itu), ada menyebut, tolong pegang dia, kalau tak dia pergi. Tolong halang dia pergi, tolong halang dia naik train itu. Give him a reason not to go gitu. Tapi, Eun Jo tak datang, dan dia tak sangka sampai begitu kejam hati Eun Jo yang dicintainya itu. First time ditunjukkan dengan terang yang dia cintakan Eun Jo, macam dalam dialog nih, "I know that the girl I love, ..." Ketika mencari itu juga, Ki Hoon telah ternampak baseball bat Jung Woo yang kata, "Song Eun Jo is Han Jung Woo gelpren poreber". So, dia tahu yang mereka berdua telah lama kenal sebelum ini.
Bila Eun Jo balik, Ki Hoon telah confront Eun Jo lagi, dan sambil tu bertanya, "adakah kau sebenarnya tak dapat surat yang aku bagi sebelum aku pergi itu?" This is the chance to set things straight lah kan. Tapi, Eun Jo, walaupun dia tahu dia tak dapat surat tu, tapi, dia mengaku dia dapat. (Time ni saya rasa nak ketuk si Eun Jo into senses)Sampai bilalah Eun Jo ni nak hidup cenggini, one lie after another, dan memang betul suka menyakitkan dirinya sendiri, taknak cuba hidup bahgia. Mungkin itu hidupnya, hidupnya yang dikenali hanyalah derita. *Terus keluar lagu, "kaulah bahgia, kaulah derita, esok lusamu tak kukenall lagi engkau siapaaa"
Kemudian, satu hari, kilang wine Dae Sung itu menghadapi masalah kerana tak dapat bekalan beras. Untuk mengelakkan Dae Sung dari stress, Eun Jo telah meminta ibunya untuk bawak Dae Sung berjalan-jalan, offkan henpon, dan tak kasik Dae Sung balik ke rumah sementara mereka mencari penyelesaiannya. Akhirnya, dapat juga penyelesaian dicari, dan kilang itu telah berjalan semula, dan produk telah dapat dihantar ke Jepun.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya ujan ditengah hari. Produk yang dihantar ke Jepun itu tiada siapa pun yang claim dan ambil. Rupanya order dari Jepun itu adalah order tipu.Takde siapa pun yang sebenarnya order wine itu dari Jepun. Kebetulan, Dae Sung sendiri yang mengangkat telefon itu.
Ki Hoon terus berasa ini semua mesti abang tirinya yang membuat onar. Lantas terus ditelefonnya Ki Jung bertanya adakah bener itu semua. Dae Sung pula, secara kebetulan berada di situ, terdengar perbualan, dan tahulah yang semua ini angkara keluarga Ki Hoon, dan dapat tahu yang Ki Hoon juga ingin memiliki perusahaan Dae Sung ini.
Dae Sung terus dilanda tekanan perasaan yang amat sangat, dan kena heart attack sekali lagi.
Dengan pantas, Ki Hoon membawa Presiden Dae Sung ini ke hospital, tetapi, sudah terlambat, Dae Sung telah mati. Scene ini sungguh menyayat hati. Terharu kerana kasihan melihat Hyo Sun yang manja , telah sebatang kara kerana kehilangan ayah, terharu kerana akhirnya Kang Sook cuba nak hidup dengan betul bersama Dae Sung tapi tidak kesampaian, dan juga bagi saya, satu pengakhiran yang tragis kepada Dae Sung. Apakah dosa Dae Sung yang baik ini, hingga dapat kehidupan yang teruk , mati pun angkara sesuatu yang tragik.
Terus flash back Dae Sung yang cuba berbaik dengan Eun Jo, dan pernah sekali meminta Eun Jo memanggilnya ayah. Eun Jo tidak sempat panggil "Abuji, atau Appa" kepada Dae Sung itu. Eun Jo menangis di tepi tangga, saya juga menangis di depan laptop. Uwaaaaaaaaaaaaa....
UK Trip : Traveling Day
6 years ago
2 comments:
..(^.^)v..
TQ tq Tuan belog.
Best giler, tak sabaw nak tengok malam ni.hehe
thanks ek ELF. sbb mula tgk ni kat KBS, dah stengah jalan so bila baca blog ni boleh paham dh keseluruhan cite ni. part last ms Eun Jo nangis kat tangga tu, memang nangis x ingat dunia pny. Then part 10 pun nangis lagi. Masa Eun Jo dah berjaya wat yis sama cm ayah dia then dia panggil "appa"...huaaaaaa...bila kenang rasa nak nangis je..thanks...akan polo cite ni smpai abis. :)
Post a Comment